Rahsia Ketinggian Generasi Jepun

Masih saya ingat keterujaan saya tatkala menonton drama bersiri Jepun di saluran TV ketika saya masih remaja. Drama bersiri Beach Boys, Office Girls, Beautiful Life, GTO (Great Teacher Onizuka), Hana Kimi dan beberapa lagi drama yang tidak mampu saya ingat namanya menjadi sajian mata saya ketika itu. Bukan saja kerana jalan ceritanya yang berbeza dan menarik, malah pelakon-pelakon lelakinya juga kacak dan tinggi belaka. Tapi kan, seingat saya arwah Opah, arwah Atuk dan ibu serta bapa saya seringkali menceritakan fizikal warga Jepun yang dulunya pendek, bermata sepet dan tidak selawa sekarang. Hmm… Bagaimana generasi Jepun kini semakin berbeza? Dan yang penting, apa rahsia ketinggian generasi Jepun ini?

rahsia ketinggian generasi jepun4

(Gambar Hiasan)

Rahsia ketinggian generasi Jepun

Masih kah anda ingat bom atom yang diletuskan di Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia Kedua dulu? Seramai 140,000 manusia terkorban di Hiroshima manakala 80,000 manusia lagi terkorban di Nagasaki. Namun, dipercayai bahawa kebanyakan mangsa perang yang terkorban ini bukanlah mati secara serta-merta. Tetapi, kematian tersebut berlaku secara perlahan-lahan, kesan daripada mutasi yang berpunca dari radioaktif.

rahsia ketinggian generasi jepun2

Mangsa perang Jepun

Selepas peristiwa itu, rakyat Jepun mengalami trauma yang sangat hebat dan terpaksa berhadapan dengan ancaman radiasi akibat bom nuklear tersebut yang turut mengancam keturunan yang akan datang. Melalui radiasi ini, kemungkinan generasi Jepun menjadi mutan hidup dan cacat adalah sangat tinggi. Kesan radiasi ini mencetus kebimbangan pemerintahan tinggi di Jepun dan apa yang mereka lakukan untuk perbaiki isu ini?

Kajian orang Jepun

Menurut jurulatih nutrisi kami ketika menghadiri bengkel nutrisi suatu ketika dulu, beliau pernah ke Jepun untuk mempelajari cara pemakanan dan diet kesihatan orang Jepun. Sepanjang lawatan ke Jepun, beliau dapati generasi Jepun telah berubah menjadi lebih tinggi lampai, setanding dengan ketinggian ‘bangsa barat’. Menariknya, rakyat Jepun terdahulu juga mengamalkan nasi sebagai makanan tradisi. Ianya adalah makanan ruji yang rata-rata diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia.

Namun, pemerintah di Jepun percaya bahawa mereka perlu mengubah cara pemakanan mereka ini bagi memperbaiki DNA mangsa bom nuklear itu. Dengan cara ini, mereka percaya bahawa DNA generasi akan datang dapat diperbaiki bagi mengelakkan kecacatan. Mereka turut mengkaji cara pemakanan orang barat bagi membantu meningkatkan ketinggian generasi muda Jepun.

Pihak pendidikan di Jepun kemudiannya memperkenalkan makanan berbentuk roti gandum berserta bacon yang dihasilkan khas bagi memberikan nutrisi dan kalsium terbaik kepada pelajar-pelajar di sekolah setiap waktu rehat. Ada beberapa lagi menu yang diperkenalkan dalam projek pemakanan sihat tersebut yang kemudiannya berjaya menghasilkan generasi Jepun yang sihat dan bertubuh lampai, jauh dari saiz fizikal rakyat Jepun terdahulu.

Atashinchi_no_Danshi-p2

Gambar Hiasan (Atasinchi No Danshi)

Apakah diet harian orang Jepun?

  • makanan bergandum : selain dari makanan sushi yang diamalkan secara tradisi, mereka juga semakin kerap mengamalkan makanan yang kaya dengan gandum
  • sayur-sayuran : sayur-sayuran organik
  • makanan laut : makanan laut di Jepun adalah sangat bersih kerana sumber perikanannya diperoleh daripada laut yang bersih.
  • rumpai laut : rumpai laut sangat kaya dengan kandungan mineral, asid amino, beta-karotein dan protein yang tinggi yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit

Selain daripada pemakanan sihat ini juga, rakyat Jepun sangat rajin berbasikal dan berjalan kaki ke mana-mana sahaja. Amalan ini menyihatkan badan serta mengekalkan kesihatan dengan lebih baik.

Bagaimana kita membantu generasi Malaysia untuk lebih tinggi?

Amalkan diet dan pemakanan yang sihat. Kita sebagai ibu bapa juga perlu memberikan contoh yang baik dalam menyediakan menu hidangan yang lebih berkualiti berbanding kuantiti. Banyakkan makanan yang kaya dengan kalsium untuk tumbesaran anak-anak. Berikan suplemen terbaik khususnya yang bersumberkan organik dan berkualiti untuk anak-anak contohnya:

  • Ostematrix iaitu kalsium yang membantu dalam meningkatkan ketinggian mereka
  • Omega Guard iaitu pati minyak ikan untuk ketajaman memori dan minda
  • Vita-Lea for Children iaitu multi-vitamin terbaik untuk kanak-kanak yang sedang membesar
  • Meal Shakes iaitu suplemen berbentuk serbuk yang membantu melengkapkan nutrisi anak-anak
  • Chewable C iaitu vitamin C yang bagus untuk anak-anak amalkan setiap hari bagi membantu melindungi tubuh mereka dari penyakit ringan seperti selsema dan batuk.

Kita hanya berusaha, selebihnya Allah yang menentukan. Apa pun caranya, pastikan kita memberikan makanan yang terbaik untuk generasi kita. Kalau di Jepun boleh, pasti Malaysia pun boleh!

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.