Redah ke Labor Room Demi Durian Crepe..

Cerita ini bukan satu rekaan. Ianya benar-benar terjadi pada tanggal 1/4/2016, dan berlaku kepada saya sendiri. Tak akan saya lupa kisah ini sampai bila-bila pun. Gara-gara Durian Crepe yang dikatakan terbaik dari ladang, saya yang tidak pernah mengidamkan Durian Crepe, tiba-tiba rasa teringin sangat nak merasa Durian Crepe tersebut.

Redah ke Labor Room Demi Durian Crepe

Durian Crepe

Kisahnya bermula begini. Malam sebelum saya ditahan di Hospital Seberang Jaya, saya tertarik dengan mesej Whatsapp group kawan-kawan di kilang mengenai Durian Crepe yang dikatakan sangat sedap.

Siapa nak order? Esok saya bawak..

Begitulah lebih kurang mesej yang terpapar waktu itu. Tanpa berfikir panjang, saya terus order untuk dimakan pada keesokan harinya. Namun bermula jam 2 pagi malam itu, saya mula rasakan sakit seperti hendak bersalin. Sama macam pengalaman-pengalaman sebelum ini. Tepat jam 5 pagi, saya terus kejutkan suami kerana khuatir dengan keadaan saya yang semakin kerap sakitnya.

Kami terus bersiap-siap ke rumah Mama yang tak sampai beberapa meter jauhnya dari rumah saya, untuk menempatkan anak-anak sementara saya ditahan di wad nanti. Peliknya, setibanya kami di hadapan rumah Mama sakit itu berhenti secara tiba-tiba. Tiada langsung rasa sakit. Saya keliru. False alarm ke ni?

” Dah sampai sini dah. Tidur la sini dulu sementara tak sakit ni..” cadang suami.

Saya mengiakan saja walau hati sedikit was-was. Maklum lah.. Saya ni pembawa GBS yang juga berisiko ketika bersalin nanti. Teringat pesanan doktor yang meminta saya ke hospital sebaik saja rasa sakit bagi memudahkan suntikan antibiotik sempat diberikan kepada saya. Sebaiknya, 3-4 jam sebelum bersalin.. Sempat ke?

Saya tidak terus tidur lepas solat Subuh. Mata tidak mahu lelap walau sakit itu lenyap terus. Saya urut-urut si kecil di dalam perut. Memujuk-mujuk si kecil supaya memberikan saya signal yang tepat. Dan sebetulnya, saya sendiri belum cukup bersedia. Tidak bersedia untuk menghadapi pengalaman pertama bersalin sebagai pembawa GBS.

Menderu ke hospital

Tepat jam 10pagi, perut saya kembali mengeras. Tetapi saya masih lagi menunggu buat beberapa ketika bagi memastikan saya betul-betul sakit. Saya tidak mahu ke hospital tanpa persediaan yang cukup. (ya.. saya belum bersedia sebenarnya)

” Wani, baik pergi cepat ke hospital. Memang la baru 37 minggu. Tapi tak kira la sakit ke tidak. Wani ada GBS. Bahaya kalau tunggu lama-lama. Risau Mama..” luah hati Mama kepada saya yang masih lagi relax sambil mengusap-usap perut.

Saya dan suami akhirnya bergerak juga ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, sakit itu kembali kerap. Lainnya pengalaman kali ini, bisik hati kecil sendiri.

Kak Reen tak datang ke? 

Tak kot.. Ni tengah sakit perut ni. On the way to hospital..

Haa?? Nak bersalin dah ke? Durian Crepe ada ni.. Nurul p hospital la. Bagi Kak Reen makan dulu. Nanti kempunan.

Err.. Tak payah la kot. Susah-susah je..

Itu saja yang sempat saya taip kerana sebaik sahaja tiba di hadapan Bilik Kecemasan, saya telah disorong laju ke Dewan Bersalin. Saya tidak tahu apa yang berlaku di luar sana kerana berada lama di dalam untuk pemeriksaan dan sebagainya. Handphone telah dipegang oleh suami.

Setelah hampir 4 jam berada di dalam Dewan Bersalin untuk pemeriksaan, saya akhirnya dipindahkan ke Wad Bersalin. Belum lagi boleh bersalin, kata doktor. Perasaan saya waktu itu? Tak tahu nak rasa lega atau tidak.

Namun, yang membuatkan hati saya tersentuh waktu itu adalah apabila suami menghulurkan bungkusan hitam berbau durian ke ribaan saya. Berusaha betul kawan-kawan saya ni. Terharu sangat.. Dan yang paling best, semua nurse kat Wad 10 sangat sporting dan membenarkan saya makan walaupun baunya semerbak ke seluruh wad. Alhamdulillah…

Naufa akhirnya lahir setelah saya betul-betul bersedia untuk melahirkan si kecil itu, iaitu 3 hari selepas menikmati Durian Crepe. Terima kasih buat kawan-kawan yang sangat mengambil berat perihal saya dan baby. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kalian. Aaamin…

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Redah ke Labor Room Demi Durian Crepe..

  1. Hahaha…mesti si kecik ni hantu durian nanti…

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.