Retak tulang pulih dengan Ostematrix

Retak Tulang, Pulih

ostematrix shaklee
Jika anda pengikut setia blog MommaSihat.Com, pasti anda tahu kisah saya terlibat dalam kemalangan ketika menuntut di UIA, Gombak. Allah je yang tahu macam mana dan apa yang berlaku sebenarnya waktu itu. Tapi saya boleh diibaratkan bertuah kerana terjatuh dari motor ke sebelah kiri jalan kerana pada waktu yang sama, bas Intrakota pada waktu itu sedang lalu di sebelah kanan kami. Rakan saya terpaksa menggunakan kaki untuk menghentikan motor disebabkan brek tak makan.
Saya juga masih ingat bau hanyir darah yang mengalir macam air paip dari kepala dan telinga kiri. Masih juga terbayang-bayang beberapa orang berdekatan membantu saya masuk ke dalam kereta seorang pemuda yang melalui jalan itu. Tahun itu, saya masih di dalam Tahun ke-3 sebelum menamatkan pengajian.

Ok.. Itu kisah ringkas saya yang berlaku pada tahun 2007. Akibat dari kemalangan itu, jari kaki kelingking saya retak teruk. Ada sedikit percanggahan pendapat yang berlaku waktu itu di antara doktor-doktor yang menyemak keputusan imbasan x-ray saya. Ada yang kata patah, ada pula yang kata tulang saya retak teruk. Jadi, merasa lah pergi ke kuliah dengan kaki disimen dengan fiber.

Pada hujung tahun 2012 pula, saya terjatuh dari tangga di rumah. Jari kaki kedua saya (kaki yang sama terlibat dalam kemalangan lalu), terkepak ke atas. Waktu itu, saya hanya rasa jari kaki saya dah patah. Pergi ke hospital terus kena x-ray tapi sebelum tu memang jari tu ‘ditarik’ dulu oleh anak saudara yang pandai mengurut untuk memperbetulkan kedudukan. Doktor yang memeriksa kaki saya turut terkejut. Dia agak memang dah patah. Tapi sebaik saja dapat imbasan x-ray kaki saya, beliau bertambah terkejut bila dilihatnya tiada langsung tanda-tanda patah mahupun retak pada jari kaki tersebut.
Saya kemudiannya ceritakan kepada doktor terbabit jari kaki kelingking saya yang pernah terlibat dalam kemalangan itu retak seribu. Menariknya, doktor tersebut terus mengerutkan dahinya

“ Cantik saja tulang awak ni. Tak ada tanda patah pun, Retak pun tak ada. Bagus ni minum susu..”
Saya terus menjawab yang saya tak pernah suka susu dan sangat jarang minum susu. Kemudian, saya teringatkan Ostematrix. Saya tanya doktor tersebut, mungkin kah disebabkan Ostematrix? Beliau terus tersenyum.
“ Bagus. Teruskan makan..”
Alhamdulillah.. Saya mengambil Ostematrix hanya 7 bulan sebelum kejadian iaitu ketika bersalinkan Iqbal tapi tulang kaki saya dah dikatakan cantik. Tanda retak pun dah tak ada. Jadi, jika anda mahu cuba pulihkan keretakan atau patah tulang, mungkin anda boleh cuba Ostematrix. Dengan kebaikan suplemen organik seperti Ostematrix, retak tulang yang saya alami selama ini pun boleh dibantu dengan izin-Nya.

Harga pasaran: RM61.00 (120 kapsul)

Hubungi admin:
By MommaSihat.Com,
SMS | Whatsapp: 012-4020841
PM: http://www.facebook.com/messages/mommasihat

2 Response to Retak tulang pulih dengan Ostematrix

  1. nurul fazreen othman says:

    Alhamdulillah…ikhtiar dan doa telah memberi kesihatan kepada momma reen.

  2. […] Alhamdulillah… saya mula ambil OsteMatrix hanya 7 bulan sebelum kejadian, tapi tulang kaki saya dah dikatakan cantik. Tanda retak pun dah tak ada..” –Puan Reen. […]

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.