Sakit Sendi Tulang : Bahaya Tersalah Suplemen

Ramai yang akur dan mula tertarik dengan rawatan alternatif menggunakan suplemen organik dan makanan sunnah sejak akhir-akhir ini bagi mengelakkan diri dari terkena penyakit. Bukan satu jaminan sebenarnya bahawa semua suplemen dapat memberikan 100% perlindungan dari penyakit. Namun, dengan mengamalkan suplemen sebagai makanan tambahan harian, seseorang itu dapat meningkatkan imun dengan lebih baik dan kesihatan yang optimum dengan izin Allah SWT. Selari dengan definisi suplemen itu sendiri, ianya bukan lah ubat yang merawat penyakit. Tetapi lebih bertindak sebagai bantuan kepada tubuh untuk mengelak dari terkena penyakit. Jika sekarang ini anda melalui fasa lenguh-lenguh pada sendi tulang dan cepat terasa kebas di sekitar sendi tulang, itu mungkin menandakan anda melalui fasa awal sakit sendi tulang. Anda perlu lakukan sesuatu sekarang bagi menjaga kesihatan sendi tulang anda supaya tidak berlarutan. Tetapi, adakah anda tahu bahawa tidak semua suplemen untuk sakit sendi tulang itu sesuai untuk anda?

sakit sendi tulang

Sakit Sendi Tulang : Bahaya Tersalah Suplemen

Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah, apakah yang menyebabkan anda sakit sendi? Adakah kerana ligamen atau otot yang terkoyak? Adakah kerana gout? Langkah yang pertama ialah untuk anda kenal pasti punca anda melalui radang sendi tersebut. Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui perkara yang sebenarnya supaya anda lebih pasti penyebabnya. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah:

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Gout
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Akibat Tersalah Ambil Suplemen

Tahukah anda, mereka yang menderita sakit sendi tulang akibat daripada penyakit Gout mempunyai banyak pantang-larang dalam pemakanan? Antaranya ialah beberapa jenis ikan serta makanan laut yang lain terutamanya yang bercengkerang. Pesakit Gout mengandungi masalah asid urik yang berlebihan dalam badan, maka apa-apa suplemen yang diperoleh dari sumber laut atau haiwan adalah tidak digalakkan. Ianya dikhuatiri menambahkan rasa sakit dan ngilu pada kawasan yang sudah sedia sakit itu. Secara peribadinya, saya tidak menggalakkan pesakit Gout mengamalkan Omega Guard bagi melegakan radang sendi yang dialami kerana dikhuatiri sumber ikan laut ini menyebabkan sakit sendi tulang itu berlarutan atau bertambah teruk. Info lanjut: Set Sakit Sendi untuk Pesakit Gout

Jika anda mengalami masalah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, sudah pasti ubat-ubatan hospital yang diambil mengandungi Warfarin. Warfarin ialah ubat yang hanya diberikan kepada pesakit oleh doktor yang bertauliah bagi mencairkan darah untuk mengelakkan saluran arteri tersumbat. Suplemen sakit sendi biasanya mengandungi Glucosamine dan Chondroitin bagi membantu melegakan sakit sendi. Namun begitu, Chondroitin sebenarnya berinteraksi dengan Warfarin yang kemudiannya meningkatkan kesan Warfarin hingga boleh menyebabkan lebam dan pendarahan dalaman yang lebih teruk lagi. Disebabkan itu lah, saya sangat menggalakkan mereka yang mengalami sakit sendi tulang mengamalkan Advanced Joint Health Tablet yang 100% bebas Chondroitin dan mengandungi Glucosamine bagi meningkatkan penyerapan sumber Glucosamine kepada tulang. AJHT lebih selamat diamalkan oleh semua kerana sumber organiknya dari ekstrak Boswelia dan jagung adalah lebih sesuai.

Apakah Suplemen yang Sesuai Untuk Sakit Sendi Tulang?

Set Sakit Sendi khas untuk BUKAN pesakit GOUT. Pesakit GOUT tidak boleh mengambil Omega Guard

Set Sakit Sendi khas untuk BUKAN pesakit GOUT. Pesakit GOUT tidak boleh mengambil Omega Guard

1) Pesakit Athritis ringan (yang bukan Gout)

  • Advanced Joint Health Tablet : penyerapan Glucosamine ke dalam tulang membantu melegakan radang sendi kerana bertindak sebagai pelincir di antara tulang rawan
  • Omega Guard : anti-radang yang membantu mengurangkan radang sendi dan menyokong Advanced Joint Health Tablet yang diambil
  • Ostematrix : kalsium yang meningkatkan kekuatan tulang dan mengurangkan risiko sakit sendi

2) Pesakit Gout

  • Advanced Joint Health Tablet : sesuai diambil oleh pesakit Gout kerana bukan dihasilkan dari sumber laut dan selamat diamalkan
  • Alfalfa Complex : mengurangkan asid urik dan mengembalikan kealkalian badan serta mengurangkan alahan
  • Ostematrix : kalsium yang meningkatkan kekuatan tulang dan mengurangkan risiko sakit sendi

 

3) Set Sakit Sendi Bajet (hanya sesuai untuk radang sendi yang ringan sahaja)

  • Ostematrix :  kalsium yang meningkatkan kekuatan tulang dan mengurangkan risiko sakit sendi
  • Alfalfa Complex : mengembalikan kealkalian badan serta mengurangkan alahan dan radang sendi

4) Vivix (bagi mereka yang tidak boleh menelan banyak pil) : sangat sesuai untuk kesihatan sendi dan keseluruhan luar dan dalaman pengamalnya.

 

Hubungi saya untuk info lanjut.

* Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Sakit Sendi Tulang : Bahaya Tersalah Suplemen

  1. nur razali says:

    padat dengan info 🙂

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.