Saya, Gajet dan Bisnes

Saya bukan lah orang yang up to date mengenai gajet terkini di dunia. Jika anda tanyakan saya mengenai aplikasi terkini, kapasiti gambar terkini dan handphone terbaik di dunia sekarang ini, minta maaf. Saya bukan lah orangnya. Memang saya tidak tahu. Tapi jika anda tanyakan pada saya, apakah kaitan gajet dan bisnes, saya boleh terangkan.

Saya, Gajet dan Bisnes

Saya cuma kenal smartphone ketika berpantangkan anak kedua saya. Encik Suami yang baik hati belikan Iphone 3GS sebab tak nak saya boring tinggal di rumah waktu itu. Walaupun cuma secondhand, saya rasa sangat bertuah. Padanlah ramai sangat yang gilakan Iphone kerana aplikasinya yang sangat mudah dan user-friendly membuatkan saya yang tak gemarkan gajet ni tertarik untuk godek-godek smartphone ni.

Melalui gajet terbaru saya itu juga, saya mengenali produk Shaklee dengan lebih mendalam. Saya servey testimoni mengenai set penyusuan dan berpantang Shaklee walaupun waktu itu saya sendiri sedang mengamalkan kedua-dua set tersebut. Hati sangat gumbira bila semua testimoni yang saya baca turut terkena pada batang hidung sendiri. Susu banyak. Luka pulih dengan cepat. Baby kenyang dan saya sendiri tidak terlalu tertekan ketika berpantang. Saya lebih cool dengan Shaklee dan gajet baru. Hehe..

Namun lama-kelamaan, saya tertarik pula untuk menyertai keahlian bersama Shaklee di bawah naungan Genkimomma. Saya mula seronok menjadi blogger tak berapa tegar ni. Daripada gemar menaip di PC hinggalah menaip menggunakan smartphone saya itu, ianya menjadikan dunia saya lebih mudah! Update facebook, fanpage dan blogging menggunakan aplikasi yang sedia ada memang sangat menyeronokkan. Saya juga gunakan sebaik mungkin khidmat photo editor yang pelbagai jenis aplikasi bagi memudahkan kerja menyunting banner dan poster.

Setelah blog saya bertukar dari blogspot kepada wordpress, saya kemudiannya bercita-cita nak upgrade gajet saya bagi mendapatkan aplikasi mobile untuk wordpress kerana Iphone 3GS adalah agak terhad. Terfikirkan ragam customer yang sms, whatsapp, wechat dan telegram orders dan sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk Shaklee, saya berminat nak dapatkan Iphone 6S.

Namun, disebabkan pelbagai cabaran yang dilalui tak kesampaian juga saya mendapatkan Iphone 6S kerana saya akhirnya ditawarkan Iphone 4 yang masih lagi berkilat dan cantik. Harganya sangat jauh lebih murah berbanding smartphone idaman saya itu. Disebabkan masih rasa kedekut untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk smartphone idaman, saya putuskan untuk menerima tawaran tersebut.

Serius lagi best daripada Iphone 3GSku itu. Aplikasi lebih mengancam dan menarik. Saya jaga gajet terbaru saya itu seperti orang lain baru dapat beli Iphone 6S. Hehe.. Tak kisah pun, janji dapat blogging melalui handphone juga kerana waktu untuk saya menghadap PC di rumah adalah agak terhad. Jadi, sambil-sambil makan waktu lunch sempat juga saya mengarang 1 artikel. Bisnes lebih lancar dan saya sendiri lebih semangat mengupdate blog, facebook dan media sosial yang lain.

Terima kasih gajet!

*Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma, MinAinaIlaAina, MamaOlin, VitaMoonย dan BabyKawaiiStoreย 

MommaSihat

12 Response to Saya, Gajet dan Bisnes

  1. Maizura says:

    Saya pun terpaksa guna smartphone sebab bisnes..selepas berkali-kali orang tanya “Mai takda whatsapp?” hahaha
    Maizura recently posted…Amalan Khusus Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Tidak Putus-putusMy Profile

  2. Noorfadzilah says:

    smartphone memang membantu untuk business…alhamdulilah

  3. ojasamid says:

    fuhhh..belum pernah pakai iPhone lagi..tapi bila try hubby punya, ternyata berbeza sangat dgn samsung, kan? hihi..
    ojasamid recently posted…9 Tips Elak Kulit Wajah Mengendur Terlalu CepatMy Profile

  4. Bila dah ada site sendiri ni, gajet dah jadi keperluan. Dah bukan sekadar kehendak untuk kegunaan santai. Masa ni, guna gajet high-end berbaloi la sebab betul-betul gunakannya secara total.
    Sylarius Yusof recently posted…Save your Dara, Tanggungjawab bukan hanya pada GadisMy Profile

  5. Gajet ni memang bagus kalau kita gunakan betul pada tempatnya…
    Jangan salah guna sudahlah..hehe..heh ๐Ÿ™‚
    Sani Sini Sana recently posted…Whatsapp Website Version Telah DilancarkanMy Profile

  6. Dr Fattah says:

    pilih gajet yang ada multi-fungsi.
    Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    • mommasihat says:

      Betul. Gajet yang ada multi-fungsi yang paling memudahkan hidup & tingkatkan prestasi bisnes. Segalanya di hujung jari.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.