Kemalangan |  Bahaya Mengantuk Ketika Memandu

Selama hampir 34 tahun hidup di muka bumi ni, telah dua kali saya terlibat dalam kemalangan. Cerita pertama ialah ketika saya menuntut di UIA, Gombak. Saya rasa pembaca yang lain dah tahu cerita saya dan retak tulang yang saya kongsikan tempoh hari. Kali kedua berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Saya tak pernah terfikir ini akan berlaku kepada diri saya sendiri. Waktu itu, saya memandu seperti biasa bersama adik lelaki yang turut berkerja di syarikat yang sama cuma berlainan department. Air cond pada hari tu mengalami sedikit kelainan. Tidak sejuk seperti biasa dan saya halakan angin air cond itu tepat ke muka saya. Sejuk..

Mengantuk Ketika Memandu

Gambar Hiasan

Saya pandang sekilas adik saya yang telah pun lena dibuai mimpi. Memang itu tabiat beliau bila saya memandu. Cahaya matahari awal pagi itu sangat terik pula saya rasakan. Mata saya sesekali terpejam kerana tidak tahan panas. Angin yang dihalakan dari air cond pula terasa sejuk bila tepat menyapa pipi dan muka saya ni. Sempat saya mengerling ke dashboard. 80Km/j baru. Saya pecutkan sedikit sehingga mencapai 100Km/j.

Angin air cond yang teru-menerus menyapa muka saya akhirnya membuatkan mata saya sedikit layu. Sesekali rasa terlelap, saya terus terjaga dan menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali. Paksa minda untuk berjaga. Suasana dalam kereta yang agak sunyi tanpa bunyian radio membuatkan saya sesekali hanyut bersama rasa mengantuk yang entah mana datangnya.

Bila hati saya tiba-tiba menjerit menyuruh saya bangun, saya tersentak dan terjaga. Alhamdulillah.. Nasib baik… Kata hati saya sendiri. Saya tertidur! Nasib saya agak baik kerana tiada langsung kereta di depan sedangkan saya masih lagi memandu dengan mata terpejam rapat. Ya Allah… Kalau lah ada kereta di depan saya tadi..

Saya tengok jam di dashboard. Hampir pukul 8.10 pagi dan saya kira, lagi 10 minit saya akan tiba di tempat kerja. Mata saya masih lagi terasa berat. Saya tampar sedikit pipi kanan saya. Sakit jugak. Tapi mungkin itu boleh hilangkan rasa mengantuk. Angin air cond yang terus-menerus menyejukkan muka saya sesekali membuatkan mata saya kabur. Perlahan-lahan, saya hanyut bersama mimpi pagi yang membawa saya ke suatu tempat yang lain.

Tiba-tiba, badan saya terasa terhentak bersama dengan bunyi dentuman yang agak kuat berserta dengan bunyi seperti gas bocor. Mata terus terbuntang melihatkan apa yang berlaku di depan mata. Dummummm… (sekali).. Dummmmm (dua kali).. Enjin mati terus.

Saya terpempan. Apatah lagi adik saya yang langsung tak tahu apa yang berlaku. Saya panik bercampur gerun. Saya telah melanggar belakang kereta MyVi yang berada di lorong kiri sedangkan tadi saya berada di lorong kanan. Sekejapnya tukar lorong? Muka macam nak menangis tapi masih lagi blurr.. Pemilik kereta tersebut terus keluar dari keretanya. Perlahan-lahan dengan hati yang longlai, saya keluar dari kereta dan mendapatkannya. Tanpa sedar, saya hanya bercakap dengan nada sangat perlahan,

“ Sorry… Sorry..”

Kesal dengan kesilapan saya sendiri. Saya nampak bumper keretanya kemik teruk. Bumper depan kereta saya usah dijelaskan. Memang kemik hingga saya tak mampu berkata apa-apa.

“ Hey Reen! I know you. How come you hit my car?”

Saya renung wajah pemuda tersebut. Memang sangat familiar tapi disebabkan terkejut, saya tak ingat di mana saya kenal si ‘korban’ (‘mangsa’ dalam versi Indonesia).

“ I’m Ea Kean.. Remember?”

Ok. Saya baru boleh tersenyum. Rezeki saya kerana melanggar kereta kawan kerja saya sendiri. Disebabkan kami berada di tengah-tengah jalan, kami kemudiannya hidupkan kereta masing-masing dan bergerak perlahan ke tepi jalan yang lebih luas supaya tidak mengganggu lalu lintas.

 

Dipendekkan cerita, dengan kelajuan 100Km/j kereta saya meluncur laju dari lorong kanan dan menuju ke arahnya yang berada di lorong kiri tanpa saya sedar. Beliau sendiri hanya mampu memejamkan mata dan memegang stereng sekuat-kuatnya bila kereta saya semakin hampir kerana sudah tidak dapat mengelak. Ajaibnya, saya dan adik tidak mengalami sebarang kecederaan. Begitu juga pemuda tersebut. Alhamdulillah.. Kalau tidak, saya pasti menyesal jika berlaku sebarang kehilangan nyawa. Nauzubillah…

Peringatan buat kawan-kawan. Jangan memandu jika mengantuk. Berhenti di kawasan selamat dan basuh lah muka dengan bacaan selawat. Atau paling elok, bekalkan Green Tea di dalam kereta untuk diminum. Jika air cond anda rosak atau tidak sejuk seperti biasa, jangan halakan ianya ke arah wajah anda kerana gas yang dikeluarkan waktu itu adalah gas yang tidak sihat dan menyebabkan anda kehilangan sedikit oksigen. Seelok-eloknya, buka tingkap sedikit supaya angin dari luar tingkap menghindarkan anda dari rasa mengantuk. Mungkin itu juga adalah punca utama saya mengantuk waktu itu.

Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Tapi Allah SWT temukan saya dengan Ea Kean yang baik dan sangat cool walaupun telah dilanggar oleh saya. Thank you Allah.. You save my life!

MommaSihat

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.