Selamat Datang Cinta : Pengalaman Pertama

Buat rakan-rakan yang sekian lama menanti entri terbaru dari MommaSihat, Alhamdulillah.. Saya selamat melahirkan bayi ketiga ini pada 4 April 2016 dan kini sedang menghampiri penghujung tempoh berpantang. Teringin sangat saya kongsikan pengalaman pertama saya bersalin di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ketika di Wad 10 - Setelah bersalin

Ketika di Wad 10 – Setelah bersalin

Pengalaman Pertama

Saya terus ditahan di wad 10 pada hari Jumaat (1/4/2016), setelah mengalami beberapa siri on/off contraction sejak malam sebelumnya. Walau saya pasti, belum tiba masanya lagi untuk saya bersalin. Namun, setelah dituntut oleh doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik 3 jam sebelum bersalin bagi mengelakkan risiko GBS kepada bayi ini, saya menyerahkan diri ke hospital lebih awal untuk ditahan di bawah pemerhatian pihak perubatan Hospital Seberang Jaya.

Ini merupakan pengalaman pertama saya bersalin di hospital kerajaan atas sebab beberapa risiko yang mungkin membahayakan saya atau bayi jika bersalin di hospital swasta. Alhamdulillah.. Layanan yang saya perolehi ketika berada di Wad 10 bilik 1 adalah sangat memuaskan.

Desas-desus mengenai layanan kakitangan hospital yang tidak mesra dan kasar sama sekali jauh dari apa yang saya alami. Saya bersyukur dan mula percaya kepada magnet rezeki. Allah SWT mempermudahkan segala urusan saya ketika berada di wad. Terima kasih juga buat kakitangan Hospital Seberang Jaya. Sayang anda semua.

Di labor room..

Hari berganti hari, teman-teman sebilik mula bertukar ganti. Setiap yang masuk, pasti akan keluar bersama bayi masing-masing sedangkan saya masih lagi di situ menghitung hari. Jujur saya agak tertekan waktu itu. Pada petang Ahad itu (3/4/2016), saya nekad untuk dapatkan tarikh 4/4/2016 sebagai tarikh lahir anak ketiga saya ini. Maka, saya kerapkan berjalan secara perlahan-lahan dari bilik saya hingga ke sepanjang laluan di wad tersebut berulang-alik sepanjang malam itu.

Kesannya, contraction semakin kuat dan tidak putus seperti hari-hari sebelumnya. Bila sakit semakin kerap, saya minta doktor untuk check bukaan saya waktu itu. Lega apabila saya ditolak ke dewan bersalin jam 2am. Namun yang sedihnya, saya tidak sempat menunggu dan bercakap dengan suami. Pada waktu yang sama, suami baru saja keluar dari lif bertentangan dan tidak sempat memanggil nama saya ketika terlihat saya ditolak masuk ke labor room.

Selamat datang cinta

Kisah pertama kali

Pertama kali saya bersalin tanpa ditemani suami di dewan bersalin. Alhamdulillah.. Allah kuatkan semangat saya untuk push hanya sekali. Dan itu adalah pengalaman pertama sebenarnya dalam 3 kali pengalaman bersalin.

Selama 6 jam, suami terpaksa menunggu di luar dewan bersalin tanpa sebarang khabar mengenai saya dan anak. Dan itu adalah pengalaman paling mencabar dan pertama kali dalam hidup suami saya selama kami berumahtangga.

Pertama kali juga saya bersalin di hospital kerajaan. Alhamdulillah.. Segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih pada suami, Mama, Abah, Ibu Mertua, adik-adik, ipar-duai dan semua sauda-mara yang memberi sokongan dan mengirimkan doa untuk saya dan si kecil ini.

Oh ya… Ini juga pertama kali kami meraikan kehadiran seorang puteri dalam keluarga kecil kami. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah SWT..

Dan pertama kali juga, kami berikan nama paling pendek dan paling bermakna untuk si kecil ini..
Naufa Binti Amdan

Selamat Datang Cinta Mama! Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi kesayangan semua. Aamin..

Naufa

MommaSihat

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.