Selamat Hari Ibu | Kisah RM60

Tak ramai yang tahu kisah ni. Tapi hari ni saya nak ceritakan kisah pengorbanan sepasang suami isteri dalam membesarkan anak-anak sempena sambutan Hari Ibu bulan ini, Kisah RM60.

Kisah RM60

Cerita ini bukan rekaan. Ianya cerita benar. Waktu mula-mula Mama dan Abah berkahwin, gaji bersih Abah hanya tinggal RM60 sebulan. Mama pula terus hamil sebulan kemudian. Jadi, awal-awal lagi sifat saving dah diterap sejak saya dalam kandungan.

Dulu-dulu, saya dan adik-adik tidak pernah dimanjakan dengan mainan. Apa lagi junk food macam Double Decker, Rota dan Ding Dang. Ais Krim Cornetto hanya dibeli untuk special occasions sahaja. Tapi, seakan memahami duit itu bukan perkara yang mudah, kami adik-beradik tak pernah merengek atau meminta. Malah, tak pernah memberontak kalau tak dibeli. Masing-masing faham.

Walaupun begitu, saya masih ingat bagaimana teringinnya saya memiliki patung Barbie. Barbie cantik. Rambut ikal, mata biru, pakai baju cantik-catik… Dan, mata saya tidak pernah lepas-lepas dari patung Barbie yang cantik dihias dalam kotak mainan yang terpamer di kedai mainan dulu.

” Barbie ni tak elok dibawa bermain. Tak sesuai. Baik Mama beli baju cantik-cantik untuk Wani. Wani yang pakai. Bukan Barbie..” bisik Mama seakan memahami perasaan saya waktu itu.

Saya tersenyum lalu mengangguk.

Dan memang betul. Mama tepati janjinya dengan membelikan saya sehelai skirt putih beropol dengan rama-rama merah di bahu. Cantik sangat! Tapi saya tak tahu, duit itu diperolehi hasil beberapa bulan mengumpul belanja yang Abah bagi pada Mama.

Oh Ya.. Baru saya ingat.. Mama tak pernah ada baju baru pun masa saya kecik-kecik dulu. Dalam gambar Mama, baju semua sama. Tak colorful macam baju saya pun. Hanya setelah Mama bekerja dan pandai menjahit baju serta mengambil upah, pakaian Mama silih-berganti. Namun sebelum itu, saya tidak lupa baju Mama yang Mama jahit menggunakan perca kain milik kain upahan orang. Mama kutip dan ditampal-tampalkan menjadi sepasang baju yang indah setelah dijahit labuci. Mama sangat kreatif!

Oh ya.. Abah tak suka Milo juga. Kami tak pernah minum Milo di rumah. Masih saya ingat, bila kami berkunjung ke rumah orang dan tuan rumah menjamu kami dengan air Milo, kami adik-beradik sangat happy seolah-olah air tersebut dihidang dalam gelas emas.

Bila dikenangkan semula, mungkin kesusahan hidup kami dulu memberikan berjuta lebih bermakna dari nilai wang ringgit sekarang. Kami susah tetapi hidup kami sangat bernilai. Lebih menghargai orang di sekeliling dan lebih menghargai apa saja yang diberi.

Mama.. Kesabaranmu membuatkan aku kagum. Tangisanmu dulu membuatkan aku kini kuat hadapi cabaran. Terima kasih atas pemberian kasih sayang yang sangat bermakna.

Sayang Mama. Selamat Hari Ibu..

Tak lupa juga buat Abah. Terima kasih kerana membahagiakan Mama sehingga kini..

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.