Selamat Tinggal Makanan Kegemaran!

Siapa pernah melalui zaman persekolahan yang sangat ‘famous’ dengan buku biodata setiap kali di hujung tahun persekolahan? Dalam buku biodata tersebut akan ditulis nama, nama panggilan, alamat, cita-cita, munuman kegemaran, makanan kegemaran dan sebarang komen yang ditinggalkan buat pemilik buku biodata tersebut. Siapa ingat lagi? Haa.. Kalau dulu, hampir sehelai mukasurat itu dipenuhi dengan senarai makanan kegemaran saya. Apa yang saya tak suka? Semuanya saya suka. Tiada yang tidak.

Saya akui, saya kuat makan dan sangat sukakan masakan emak saya. Nasi bertambah-tambah. Sampai tegak dibuatnya. Namun, kesedaran mengenai kesihatan ni meningkat bila Mama mula dikesan menghidap penyakit kencing manis. Abah pula dikesan mempunyai masalah darah pekat yang boleh merisikokan jantung. Jadi, saya mula belajar kurangkan pengambilan nasi. Kebetulan di tempat kerja baru saya ini, saya bergaul dengan kakak-kakak gojes yang pandai menjaga badan dan kesihatan. Bukan senang nak cantik dan sihat sebenarnya. Tapi kalau tidak dimulakan dari sekarang, saya juga yang akan susah suatu hari nanti.

Selamat Tinggal Makanan Kegemaran!

Tindakan saya agak drastik. Saya mengikuti sebuah program diet yang memaksa saya meninggalkan nasi dan sumber karbohidrat yang lain buat sementara waktu sehingga berat terbaru itu stabil. Pengalaman saya tanpa nasi itu agak perit. Percaya tak, saya boleh jadi tak keruan sebab tak makan sebutir nasi pun sehari tu. Saya rasa pening dan tak sedap badan gara-gara tak makan nasi. Semuanya tu sebenarnya berpunca dari ‘mind-set’ saya sendiri yang tidak boleh tak makan nasi walau sehari pun. Bagi saya, saya memang kena makan sepinggan nasi sehari sekurang-kurangnya.

Maka program diet saya itu gagal bertahan pada hari kedua. Saya makan juga nasi sehingga kenyang. Kemudian, rasa menyesal pula sebab dah langgar pantang. Dan hari itu, baru saya tahu sesuatu yang tidak pernah saya peduli tentang diri saya. Makanan kegemaran saya selama ini ialah nasi. Apa-apa saja yang bernasi, memang akan menjadi kegemaran saya.

“ Aduh.. Payah ni.. Bila aku nak sihat pulak ni?” bisik hati sendiri.

Maka seminggu itu, saya belajar meninggalkan nasi secara perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Saya tingkatkan pengambilan ESP supaya terasa kenyang dengan lebih cepat. Saya ambil B-Complex setiap hari supaya makanan yang diambil akan lebih cepat diserap ke dalam bentuk tenaga. Saya belek gambar lama saya ketika remaja untuk dapatkan semangat menguruskan badan hampir setiap hari. Alhamdulillah.. Saya kini berjaya melupakan nasi, bihun dan mee sebentar sementara program diet ini diteruskan.

Sebenarnya, tidak salah mengambil nasi sebagai makanan harian. Tetapi, kuantiti yang diambil sepatutnya semangkuk kecil sahaja setiap hari. Bukannya sepinggan setiap kali waktu makan seperti apa yang saya amalkan selama ini. Bagi mereka yang mempunyai risiko kencing manis akibat keturunan, berhati-hati dengan kuantiti nasi yang diambil. Karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan sukatan gula dalam darah semakin meningkat. Darah yang sama akan mengalir di seluruh anggota badan anda setiap hari. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anggota badan anda jika pengambilan karbohidrat yang berlebihan ini tidak dikawal?

Selain daripada mengelakkan nasi dan sumber karbohidrat yang lain, saya juga kurangkan pengambilan makanan berlemak supaya tidak menambahkan lemak yang sedia ada di badan. Air putih yang diambil adalah lebih dari 8 gelas besar setiap hari bagi membantu saya detoks dengan lebih baik. Senaman juga antara aktiviti harian yang saya lakukan secara konsisten sekarang. Semua kombinasi ini membantu saya mendapatkan berat badan sekarang. Alhamdulillah.. Saya akan teruskan usaha saya untuk kuruskan badan sehingga mencapai target saya.

Oh ya.. Saya kongsikan suplemen yang saya amalkan setiap hari di bawah ini. Ianya membantu saya mengawal pemakanan serta memberikan saya tenaga harian di samping senaman.

  • ESP: membantu saya membina otot dan tingkatkan tenaga. Protein soya yang mengenyangkan dan bantu saya lupakan nasi
  • B-Complex: membantu meningkatkan metabolism badan dengan mengubah makanan ke dalam bentuk tenaga.
  • Lecithin: membantu saya menyingkirkan lemak-lemak jahat dari tubuh. Membantu meningkatkan pembakaran lemak ketika senaman. Jadi, pembakaran lemak adalah berganda.
  • Alfalfa Complex: serat yang membantu system penghadaman saya menjadi lebih baik. Ia juga membantu mengurangkan risiko kencing manis

Semoga apa yang saya kongsikan hari ini membantu kawan-kawan yang sedang bergiat gigih untuk menurunkan berat badan. Jangan menyesal meninggalkan makanan kegemaran anda sekarang kerana ianya lebih bermakna daripada anda terlantar di hospital esok lusa akibat makanan kegemaran.

MommaSihat

012-4020841

4 Response to Selamat Tinggal Makanan Kegemaran!

  1. nur razali says:

    tetiba teringat buku biodata tu..list mknan kegemaran tu lah yg paling banyak ditulis 😛 hehehehe

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.