Senaman Mudah Bakar Kalori

Entri ini memang sangat mengujakan saya untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Sejak akhir-akhir ini, saya sangat berminat dengan apa-apa yang berkaitan senaman dan diet yang betul terutamanya senaman mudah bakar kalori yang tidak memerlukan banyak masa. Sebelum ini, saya hanya hentam keromo saja. Saya juga tidak pernah peduli apa yang dimakan, diminum dan dilakukan tanpa mengambil berat mengenai kalori yang diambil atau kesannya ke atas kesihatan saya.

Namun hakikatnya, semakin meningkat usia seseorang itu semakin rendah metabolismenya. Itu saya tahu. Tapi bagaimanakah kita mahu meningkatkannya semula? Bagaimanakah caranya kita mengaktifkan semula sistem metabolisme itu? Ini lah yang mahu saya kongsikan. Saya tidaklah pakar dalam hal ini tetapi disebabkan saya sedang melalui proses diet sihat ini, maka saya ceritakan apa saja yang saya tahu.

Senaman-senaman yang saya lakukan di bawah ini ialah rutin senaman saya hampir setiap hari sekarang. Percaya tak jika saya katakan kesemua senaman di bawah ini boleh saya lakukan dalam masa 30 minit sahaja. Hanya 30 minit daripada 24 jam yang kita ada, mampu mengubah cara hidup kita menjadi lebih positif dan sihat!

Senaman Mudah Bakar Kalori: Hanya 30 minit sahaja!

Sessi warming up:

  1. Tarik nafas dalam-dalam, tahan selama beberapa saat, kemudian hembuskan. Lakukan beberapa kali
  2. Lakukan sedikit regangna pada tangan, kaki, pinggang dan leher.
  3. Jogging atau berlari setempat selama 10-15 minit sebelum memulakan sesi senaman. Macam saya, saya berlari setempat tak sampai 1 minit hanya untuk permulaan. Kemudian mengayuh basikal (indoor) selama 15 minit.

Rutin Senaman (15minit)

Jumping Jacks : Lompat beberapa kali mengikut keselesaan anda

Squat : Sesuai untuk membentukkan dan memejalkan bahagian punggung supaya lebih terbentuk. Saya lebih suka mengikuti cabaran dalam gambar yang tertera kerana lebih mudah mendisiplinkan diri melakukan ‘squat’ mengikut jadual.

Sit Up : Menurut ‘coach’ aerobik saya, Sit Up perlu dilakukan dengan betul supaya ianya betul-betul memberi kesan optimum kepada perut dan bukannya kepada bahagian yang lain. Sit Up untuk wanita juga seharusnya tidak terlalu menekan kepada rahim. Contohnya gambar di bawah ini. Sit Up yang sesuai bagi wanita ialah separa.

Knee Push Up : Membantu ‘fit’kan lengan saya sebab seluruh bebanan berat saya terasa tertekan kepada lengan manakala lutut pula seolah-olah menampung berat punggung saya. Gerakan ini membuatkan jantung berdenyut kuat. Saya yakin anda juga pasti suka.

Burpees : Antara senaman yang paling saya suka kerana tenaga anda benar-benar bergantung kepada bebanan berat tubuh anda. Waktu mula-mula lakukan senaman ini, hanya beberapa kali sahaja saya dapat lakukan dalam tempoh 20 saat. Tapi lama-kelamaan, badan terasa lebih ringan!

Penutup

  1. Goyang-goyangkan kaki, tangan dan seluruh badan seperti gerakan ‘vibrate’ untuk beberapa saat
  2. Tarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa saat dan lepaskan.

Senaman perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik. Jika anda mahu perbaiki atau kekalkan kesihatan anda, suplemen sahaja tidak memadai kerana badan perlu mengeluarkan peluh. Suplemen yang saya amalkan setiap hari adalah khusus untuk membantu saya kekal bertenaga sepanjang hari dan membantu hasil diet saya lebih efektif. Antara yang sangat membantu adalah:

  • ESP/Cinch Shake MIx : Protein yang membina otot dan menjana semula metabolisme selepas senaman. Soya bukan genetik ini sangat membantu saya dapatkan sumber protein yang organik dan lebih selamat tanpa lemak jahat. ESP akan saya ambil setiap hari manakal Cinch ini saya ambil setiap kali sebelum atau selepas bersenam. Cinch membantu tubuh saya lebih ‘fit’ dan tidak menggelebeh.
  • Vita-Lea : Disebabkan saya mengalami masalah ‘HB low’, saya amalkan Vita-Lea untuk mengurangkan risiko pitam atau pening semasa dan selepas senaman. Ianya juga membantu saya ketika melalui program diet saya.
  • Alfalfa Complex : Serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman saya. Ianya juga membantu masalah keletihan dan kelesuan sebagai seorang wanita berkerjaya yang sudah berumahtangga.
  • Lecithin : Ianya membantu otak saya lebih cergas dan membantu tingkatkan memori di samping membantu memecahkan lemak. Lecithin turut menyediakan kolestrol baik LDL untuk kegunaan jantung yang berkerja setiap hari.

Jika anda merupakan orang yang sukar turunkan berat badan, saya syorkan anda menambahkan Omega Guard ke dalam menu harian anda. Apa pun, saya sebenarnya tidak percayakan produk ‘slimming’ yang menjanjikan anda kurus tanpa perlu bersenam. Tolong jangan perjudikan nyawa dan kesihatan anda. Jujurnya bagi saya, produk seperti itu sangat murah! Produk ‘slimming’ seperti ini hanya mengurangkan air dalam badan, atau membuang lemak semata-mata tanpa memisahkan kolestrol baik dan jahat. Produk yang berlambak ini juga sebenarnya memaksa sistem buah pinggang untuk berkerja dengan lebih keras.

Usahakan untuk kurus dari tenaga anda dan suplemen bersama-sama untuk memperoleh kesihatan dan kecantikan jangka panjang. Bukannya kurus secepat kilat hanya dalam masa dua bulan, kemudiannya terlantar di katil hospital kerana kesan dari pemakanan produk slimming sahaja.

Jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga berat badan anda. Masukkan rutin senaman mudah bakar kalori ini ke dalam azam tahun baru anda!

* Cabran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

8 Response to Senaman Mudah Bakar Kalori

  1. Mama Olin says:

    Waahh Reen ada coach aerobic? Hebat

  2. nur razali says:

    bestnye ad coach areobik ^_^

  3. ojasamid says:

    thanks for sharing teen..dapatlah sikit idea came nk mula bersenam..heheh

  4. auntiekemai says:

    reen caiyok laa byk tips best ni.

    • mommasihat says:

      share pengalaman sendiri kak mai. reen pun bukan jenis senang turun. kena ada azam yang sangat2 kuat, baru menjadi. so sekarang in progress.. in shaa Allah

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.