Senaman Yang Sesuai Untuk Ibu Berpantang

Ketika berpantangkan anak kedua saya (Iqbal), saya bersungguh-sungguh mahu menurunkan berat badan serta mengecilkan kaki yang saya sifatkan ‘pembesaran luar biasa’. Selain dari Set Berpantang Shaklee, saya juga lakukan beberapa teknik senaman yang sesuai. Saya ‘google’ segala info mengenai teknik senaman yang sesuai untuk ibu berpantang seperti saya. Senaman ini sepatutnya tidak terlalu berat dan membebankan kerana kita masih perlu menjaga kesihatan rahim yang dalam proses menguncup itu.

Hasil pencarian itu, saya amalkan dan berjaya mengecilkan semula pinggul dan kaki lebih dari 5 inci. Seronok kan? Hasil tersebut hanya diperoleh dalam tempoh berpantang saya iaitu 42 hari. Saya pernah kongsikan tips ini di blog lama saya dahulu @ mommasihat.com tetapi memandangkan blog itu telah lama tiada, saya akan kongsikan semula tips tersebut di sini.

Senaman ringkas ini lebih melibatkan kaki kerana kelemahan saya ialah dari pinggul ke bawah. Bahagian yang perlu saya fokuskan ialah perut, pinggang, punggung dan paha. Namun begitu, bahagian perut tidak boleh saya utamakan waktu awal berpantang kerana ianya mungkin menyebabkan pemulihan sistem peranakan saya terganggu. Maka saya putuskan untuk tumpukan bahagian kaki sahaja dulu dan lakukan senaman seperti di bawah.

Senaman yang sesuai untuk ibu berpantang

senaman kecilkan paha

Teknik lipatan menggunting dan bulatan kecil adalah yang paling mudah kerana boleh dilakukan ketika kita berbaring. Teknik kerusi bayangan hanya dilakukan setiap kali bengkung dibuka bagi membantu otot paha dan kaki saya lebih kuat dan mengurangkan selulit di paha. Aktiviti turun naik tangga pula hanya dilakukan setelah saya benar-benar pulih kerana trauma dengan peristiwa tumpah darah yang kongsikan dulu. (Baca cerita lanjut peristiwa itu di sini.)

Semoga entri kali ini membantu ibu-ibu yang baru sahaja bersalin untuk menurunkan berat badan dengan lebih berkesan di dalam tempoh berpantang.

 

MommaSihat
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.