Set Ibu Mengandung Shaklee

Set Ibu Mengandung Shaklee
Haih.. Untung ibu-ibu sekarang. Apa saja informasi terkini boleh diperoleh daripada Internet. Kalau nak tahu petua atau tips untuk apa saja persoalan yang terlintas di minda, semuanya terletak pada ‘jari’. Bak kata orang, ‘google’ je kat Internet mesti boleh jumpa jawapannya. Kalau dulu, tiada cara lain melainkan bertanya kepada ibu-bapa atau cuma berdasarkan pendapat orang-orang tua.
Eh.. Lain yang nak ditulis lain pula yang tertulis. Hehe.. Saya memang suka mengarang dari zaman persekolahan lagi. Cuma tidak berpeluang menulis dan mempunyai blog sendiri. Hanya sejak kebelakangan ini, minat saya kepada penulisan kembali berputik.
Berbalik kepada topik kali ini, Set Ibu Mengandung. Ramai yang mahu tahu dengan lebih terperinci mengenainya. Set ini sangat popular di kalangan mereka yang mahu mengamalkan Shaklee sepanjang tempoh kehamilan mereka. Seperti yang saya jelaskan dalam entri sebelum ini, saya berasa sangat rugi kerana tidak mengenali produk Shaklee lebih awal padahal waktu itu saya betul-betul memerlukannya untuk mengatasi masalah saya iaitu HB rendah.
Suplemen yang sesuai diambil ibu-ibu hamil

Suplemen yang sesuai diambil ibu-ibu hamil

Set Ibu Mengandung Shaklee ini mengandungi:
  1. Vita-Lea (multivitamin)
  2. Vita-C (vitamin C)
  3. B-Complex (vitamin B + asid folik)
  4. Ostematrix (kalsium)
  5. OmegaGuard (Omega 3 + DHA + EPA + ALA)

 

Vita-Lea
Ianya sangat diperlukan bagi seorang ibu yang hamil dan patut diamalkan dari awal kehamilan lagi. Kepada yang mengenali Obimin, fungsinya lebih kurang sama dengannya melainkan Vita-Lea ini adalah berasaskan 100% sumber organik! Malah, sesiapa yang mempunyai masalah HB low bukan disebabkan Thalassemia, Vita-Lea adalah bantuan untuk meningkatkan HB dengan cara pemakanan yang khas untuk menaikkan HB.  
Vita-C
Ianya sangat popular di kalangan ‘si cantik’ yang sedia maklum dengan keupayaannya mencantikkan wajah di sampingmeningkatkan sistem imun dalam tubuh! Untuk ibu mengandung, Vita-C ini membantu si ibu kekal sihat dan kurang risiko dijangkiti penyakit terutamanya selsema. Sesiapa yang telah mengamalkan Vita-C ini, mereka akan setuju dengan ayat di bawah:
 
“ Saya tak perlu lagi risau kalau terkena demam sebab Vita-C ni dah boleh menggantikan Panadol atau apa saja seangkatan dengannya!”
 
Jadi, jika si ibu demam, anda boleh mengambil 2 biji Vita-C untuk kembali pulih. Tidak perlu lagi risaukan keselamatan si kecil dalam kandungan. Bukan saja anda lebih sihat, si kecil dalam kandungan anda juga akan memperoleh kebaikannya!
B-Complex
Besertakan asid folik di dalamnya, B-Complex sangat sesuai diambil bagi mereka yang merancang kehamilan apatah lagi bagi mereka yang sedang hamil! Ianya menukarkan makanan seperti Protein, Karbohidrat dan lemak kepada tenaga. Sekaligusmemberikan tenaga kepada si ibu lalu mengurangkan rasa letih. Kebolehannya dalam memastikan kesihatan fungsi saraf, membantu mengurangkan tekanankemurungan dan insomnia yang biasa dialami wanita hamil. Ianya juga membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, merangsang kitaran darah dalam tubuh juga mampu mengimbangi paras HB di dalam darah.
Ostematrix
Saya galakkan anda yang tidak gemarkan susu (seperti empunya diri yang menulis), supaya mengamalkan Ostematrix. Seperti yang kita sedia maklum, kalsium sangat baik untuk kesihatan tulang, gigi dan mengurangkan risiko Osteoporosis. Ostematrix mampu menghilangkan rasa kebas dan kekejangan otot di kalangan wanita hamil. Wanita hamil biasanya akan rasa kebas pada kaki terutamanya bila kandungannya semakin besar. Ini kerana, khasiat kalsium kita dikongsikan bersama bayi yang semakin membesar. Kita memerlukan lebih banyak kalsium untuk menampung beban ‘dua orang pengguna’ ini!
 
OmegaGuard
Sepert yang telah saya kongsikan tempoh hari tentang kebaikan OmegaGuard. Ianya mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian OmeaGuard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega 3 EPA dan DHA. Ianya membantu tumbesaran janin dan juga perkembangan otak. DHA adalah nutrient utama otak. Ianya penting untuk ibu hamil mengamalkannya terutamanya trimester ke-3 kerana pada waktu ini, perkembangan otak bayi adalah sangat cepat! Selain itu, OmegaGuard juga membantu mengawal berat ibu mengandung supaya tidak naik secara mendadak.
Nampak tak bagaimana bermanfaatnya Set Ibu Hamil ini untuk anda? Sebab itu saya katakana yang saya rugi tidak mengenali ‘mereka’ sejak awal lagi! Apa pun, keputusan di tangan anda. Saya hanya kongsikan apa yang terbaik untuk kita semua. Bagi saya, anda tidak perlu rasa was-was lagi! Ianya set yang lengkap untuk ibu moden seperti anda
MommaSihat.Net
SMS|Whatsapp: 012-4020841
E-mail: hubungi@mommasihat.net

3 Response to Set Ibu Mengandung Shaklee

  1. […] sarankan Set Ibu Mengandung yang membantu ibu hamil supaya kekal cergas sepanjang tempoh berpuasa. Set ini lengkap dengan […]

  2. […] Suplemen sesuai untuk ibu hamil boleh dirujuk di sini: Set Ibu Mengandung […]

  3. […] Bagi mereka yang mahu mengetahui kedudukan bayi dalam kandungan lebih awal, sila dapatkan nasihat pakar untuk melakukan ultrasound di awal kandungan. Saya doakan anda yang hamil berada dalam kesihatan yang baik dan tidak mengalami sebarang masalah. Jika anda mengalami masalah kesihatan dan agak penat, boleh cuba suplemen organik bagi menyokong kesihatan anda iaitu Set Ibu Mengandung. […]

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.