Shaklee | Thalassemia

Shaklee | Thalassemia

Salam ceria dari warga MommaSihat.Net! Apa khabar semuanya? Semoga sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Hari ini admin berminat untuk berkongsi ilmu mengenai penyakit Thalasemia dan impaknya kepada kehidupan manusia. Bagi mereka yang sedang hamil dan mempunyai masalah Hemoglobin (HB) rendah seperti admin, anda mungkin sudah melalui proses ujian darah Thalasemia bagi memastikan anda bukanlah pembawa ataupun penghidap Thalasemia.

Jika anda pembawa atau penghidap Thalasemia, tolong berhati-hati dengan pengambilan ‘iron’ (zat besi). Kekurangan HB yang normal biasanya adalah disebabkan kekurangan ‘iron’ dalam darah tetapi tidak bagi Thalasemia. Jom kita fahami maksud Thalassemia itu sendiri secara ringkasnya dan apakah suplemen yang sesuai untuk mereka ini?

HB yang terdapat dalam sel darah

HB yang terdapat dalam sel darah

Apakah itu Thalasemia?

Thalasemia ialah satu penyakit genetik atau keturunan yang berpunca dari masalah kekurangan sel darah merah yang berkualiti. Hemoglobin ialah komponen darah merah yang membawa Oksigen (oxygen-carrying component of red blodd cells). Ianya mengandungi dua jenis protin yang berbeza iaitu Alpha dan Beta. Ketidakseimbangan mana-mana protin ini menyebabkan sel darah merah tidak terbentuk dengan sempurna justeru tidak dapat membawa Oksigen yang sepatutnya kepada tubuh.

Penghidap biasanya dikategorikan kepada 2 kategori Thalasemia iaitu Alpha Thalasemia atau Beta Thalasemia. Namun, kedua-duanya mempunyai jenis peringkat yang berbeza sama ada ianya serius ataupun tidak. Serius di sini bermaksud, Thalasemia yang dihidapi boleh mengakibatkan kematian bayi sebelum lahir ataupun sebaik sahaja dilahirkan. Namun, tidak kurang juga yang hanya mengalami Anemia biasa sepanjang hayatnya bergantung kepada peringkat Thalasemia yang dihidapi. Info lebih terperinci boleh diperolehi di sini: Thalasemia

 

Bagaimanakah Thalasemia diubati?

Sebenarnya, Thalasemia tidak mempunyai sebarang rawatan khusus. Penghidap Thalasemia juga tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu yang boleh dikesan. Berbeza dengan Anemia, penghidap Thalasemia tidak dibenarkan mengambil zat besi (iron) kerana ianya akan menyebabkan pengumpulan zat besi (iron) yang berlebihan di dalam tubuh dan boleh mengakibatkan kematian disebabkan sakit jantung. Oleh itu, adalah lebih selamat untuk kita menjalani ujian saringan Thalasemia dari awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit lain bertandang hanya akibat daripada ‘salah ubat’.

 

Apakah Suplemen yang Sesuai?
Senarai-senarai sumber suplemen Shaklee Thalassemia di bawah adalah sesuai diambil bagi penghidap Thalasemia bagi membantu dalam meningkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit.

 

Suplemen Shaklee yang sesuai untuk Thalassemia

Suplemen Shaklee yang sesuai untuk Thalassemia

  • Vitamin E diperlukan sebagai anti-oksidan yang tinggi serta bagi mencairkan darah. Tetapi, jika penghidap mengambil ubat seperti Warfarin atau Coumadin anda dinasihatkan memberitahu doktor pakar anda supaya dos yang diambil itu dikurangkan.
  • Asid Folik 1000-10,000mcg disarankan bagi semua penghidap untuk membantu meningkatkan kadar Oksigen dalam darah. Asid Folik ini juga boleh diperolehi melalui sayur-sayuran hijau.
  • B-Complex yang mengandungi rangkaian vitamin B mampu mengurangkan tekanan dan stres. Ianya juga membantu tubuh melawan daya penyakit.
  • Kalsium yang mengandungi bersama Magenesium dan Vitamin D membantu dalam pengawalan denyutan jantung supaya seimbang.
  • Zink baik untuk penghidap Thalasemia Minor kerana ianya membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh penghidap serta mengurangkan risiko high-density lipoproteins menurut Dr. M Aroon Kamath dalam artikelnya di Doctors Lounge.

 

Melalui saranan-saranan dan info-info di atas yang diperolehi daripada hasil bacaan admin, apa yang menarik perhatian admin ialah mineral-mineral dari bahan organik adalah sangat disyorkan! Oleh itu, kami senaraikan produk Shaklee yang bersesuaian dengan jumlah kandungan yang disarankan seperti yang tertera. Untuk keterangan lebih lanjut, sila dapatkan lebih info melalui doktor pakar anda untuk memastikan tahap keberkesanan sumber mineral tersebut terhadap Thalasemia.

 

Info lebih lanjut boleh diperolehi di:

Thalasemia Patiens and Friends

Livestrong.Com
DoctorsLounge.Com

 

 

 

By MommaSihat.Com,
SMS | Whatsapp: 012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.