Suplemen untuk Atasi Keletihan

Suplemen untuk atasi keletihan sepanjang hari.

Adakah anda mengalami masalah mudah letih setiap hari? Masalah keletihan yang dialami sebenarnya boleh mengganggu fokus terhadap pekerjaan kita. Prestasi terhadap pembelajaran mahupun tugas boleh terganggu dek masalah keletihan yang sering dipandang enteng ini.

Suplemen sesuai untuk atasi masalah keletihan

Letih sepanjang hari?

Jika anda seorang yang sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan punca anda mudah letih. Namun, jika ianya bukanlah disebabkan masalah kesihatan yang serius, masalah keletihan yang terjadi itu mungkin disebabkan oleh kehilangan nutrisi-nutrisi dari badan. Jadi, bagaimana anda boleh dapatkan keperluan nutrisi ini?

Pemakanan yang seimbang adalah sangat penting. Kelebihan karbohidrat yang diambil juga boleh menyebabkan kita cepat letih. Saya boleh berikan contoh nasi yang merupakan makanan ruji penduduk Malaysia setiap hari. Nasi mengandungi karbohidrat yang baik untuk kesihatan jika diambil dalam kategori yang sedikit. Namun, jika ianya diambil pada kadar yang berlebihan kadar indeks glisemiknya yang tinggi akan memecahkan gula dalam darah pada kadar yang sangat cepat di peringkat awalnya tetapi kemudiannya menurun pada kadar yang perlahan. Mengekalkan paras gula dalam darah pada kadar yang sederhana sepatutnya adalah lebih baik bagi proses mengurangkan berat badan serta untuk kesihatan kita pada jangkamasa panjang.

Apakah suplemen yang sesuai untuk atasi masalah keletihan ini?

Jika anda berminat untuk mendapatkan sumber nutrisi yang organik dan selamat, saya cadangkan anda mengambil suplemen-suplemen Shaklee kerana ianya dijamin selamat. Suplemen yang boleh membantu anda menangani masalah keletihan ini ialah:

  • Vita-Lea: multi-vitamin yang terkandung pelbagai mineral dan asid amino yang diperlukan dalam badan. Ianya sesuai diambil bagi mereka yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang
  • B-Complex: kapsul kekuning-kuningan ini sangat sesuai diambil setiap pagi bagi meningkatkan tenaga serta fokus terhada tugas harian.
  • ESP (Energizing Soy Protein): jika anda kurang gemarkan ikan dan sumber makanan lain yang kaya dengan protein, anda boleh amalkan minuman bersoya yang bukan genetik ini. Ianya sangat sesuai menampung sumber protein yang bakal anda peroleh setiap hari dan sangat sesuai bagi mereka yang merancang untuk menurunkan berat badan
  • Vivix: kehilangan kolagen dalam badan serta peningkatan usia turut mempengaruhi tahap dan prestasi bahagian dalaman kita. Vivix membantu dari segi meningkatkan tenaga sel-sel dalam badan bagi membantu kita kekal segar, aktif dan awet muda!
  • Alfalfa Complex: Jika anda kurang mengambil buah-buahan, amalkan Alfalfa Complex setiap hari sebagai serat yang membantu anda singkirkan sisa makanan yang tidak diperlukan oleh badan.
  • Herb-Lax: suplemen yang membantu anda membersihkan usus ini adalah seakan julab yang sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sukar untuk membuang. Ianya bukan diambil setiap hari tetapi masih mampu membantu kita detoks dengan lebih baik. Masalah detoks yang kurang berkesan juga sebenarnya punca keletihan yang dialami.
  • Energy Tea: minuman teh herba yang bagus untuk peredaran darah dan menaikkan tenaga ini juga boleh digantikan dengan cafein yang anda ambil setiap hari. Ianya membantu meningkatkan peredaran darah dengan lebih baik disamping membantu mengurangkan masalah mengantuk.

Suplemen-suplemen di atas hanyalah cadangan dan tidaklah perlu diambil kesemuanya. Anda boleh menghubungi saya mahupun pengedar-pengedar sah Shaklee yang lain bagi mendapatkan nasihat dan cadangan yang sesuai dengan keperluan anda.

MommaSihat

012-4020841

6 Response to Suplemen untuk Atasi Keletihan

  1. Nadra says:

    Sejak ambik set kesihatan asas Shaklee.. sgt membantu kesihatan saya. Tiada lg rasa letih. Bl bgn pagi sentiasa rasa segar.. 🙂

    • mommasihat says:

      Terima kasih Nadra for sharing. Suplemen organik Shaklee ni memang dah bantu ramai orang yang berusaha nak dapatkan kesihatan yang lebih baik. Alhamdulillah…

  2. nfarahr says:

    Suplemen ni membantu untuk mereka yang sentiasa sibuk sehingga mengabaikan makan makanan yang seimbang.

  3. genkimomma says:

    Energy Tea bikin tak tido malam! Terlebih energetic! 😛

    • mommasihat says:

      Energy Tea ni kalau ibu menyusu minum pun, si anak yang menyusu tu nanti yang celik lebih. Haha.. Betul tak arnie?

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.