Taman Tema Air Terbaik di Malaysia!

Siapa setuju kalau saya katakan Taman Tema Air Tambun Lost World adalah Taman Tema Air terbaik di Malaysia? Tak setuju? Ada lagi Taman Tema Air yang lebih menarik ke? Hehe… Asalkan tempat tu mampu memberikan kebahagian dan keceriaan kepada kami sekeluarga, apa pun boleh!

Taman Tema Air Terbaik di Malaysia

Baru-baru ini, suami membawa kami anak-beranak ke Tambun Lost World, Ipoh sebagai kenangan bersama menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6 tahun. Alhamdulillah.. Perjalanan sangat lancar dengan persiapan yang jitu. Haha… (jitu la sangat). Mana kan tidak? Waktu itu saya dan suami telahpun mulakan kehidupan sihat kami secara rasminya. Sayang nak tinggalkan senaman-senaman sihat terutamanya suami yang sibuk ‘google’ gymnasium terdekat dengan hotel tempat kami menginap. Macam kelakar je rasanya. Tapi Alhamdulillah.. Percutian 2 hari 1 malam itu sangat membahagiakan kerana si cilik berdua tu sangat-sangat ceria bermain air.

Walaupun bercuti, ESP, Vita C, Lecithin dan Alfalfa Complex memang saya tak tinggalkan tau. Saya angkut sekali di dalam beg istimewa yang saya ‘pack’ sendiri. Suami memang sangat lega sebab beliau sebenarnya tidak boleh meninggalkan protein walau sehari pun. Beliau sangat menjaga otot-otot yang dah terbina itu dan sumber protein sangat membantu mengekalkan bentuk badan yang sudah sedia ada. Berbalik kepada percutian kami itu, dek kerana ‘last minute of planning’, kami hanya sempat ‘google’ info mengenai Tambun Lost World ketika dalam perjalanan. Semak segala harga tiket, kos hotel dan belanjawan percutian kami itu. Cukup! Jom pergi!

Kami tiba betul-betul di hadapan ‘gate’ seawal jam 9 pagi kerana khabarnya, Taman Tema Air itu dibuka lebih awal ketika musim cuti sekolah. Alhamdulillah… Kaunter tiket dibuka lebih awal dan kami tidak lama dibiarkan menunggu. Anak-anak teruja dengan tiket yang diikat ke pergelangan tangan masing-masing. Iqbal yang sudah tahu erti seronok bermain, melompat-lompat keriangan sambil menunjukkan tangannya. Sebaik sahaja pintu dibuka, anak-anak cilik ini beratur menunggu giliran dengan wajah penuh senyuman. Saya dapat rasakan keterujaan mereka.

Jom!!

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke pintu utama, bau segar dari kolam buatan manusia yang luas itu bercampur-baur dengan bau tumbuh-tumbuhan dari hutan berhampiran membuatkan kepala rasa segar. Fresh! Sinar pagi waktu itu kelihatan sangat indah di celah-celah rimbunan pokok. Rafiq dan Iqbal terus berlari menerpa ke kolam berhampiran sehingga terpaksa dikejar oleh Papa mereka kerana takut paras kolam yang mungkin membahayakan. Dari tempat kami berdiri itu, saya dapat lihat sebuah kapal layar mainan di Kids Explorabay dan kebiruan air laut buatan manusia di Jungle Wave Pool yang terbentang di depan mata. Mata turut terpaku kepada Storm Rider yang berada di Amusement Park bersebelahan Water Park. Ok.. Hari yang paling indah saya katakan. Anak-anak ceria, kami sebagai ibu bapa turut bahagia.

Ooppss.. Sebelum terlupa, peta di atas ni perlu ada supaya anda tidak ketinggalan tempat-tempat menarik di sana! Pengalaman yang sangat best dan tidak digambarkan dengan kata-kata! Pendek kata, percutian kami di Taman Tema Air Tambun Lost World sangat meriah. Makanan dijual berhampiran dengan Water Park yang turut menyediakan kawasan rehat yang berbumbung dan agak luas untuk anda berehat seketika bersama seisi keluarga. Bukan itu saja, Tambun Lost World juga menyediakan tandas dan tempat salin pakaian yang bercirikan alam semula jadi dan sangat selesa, bersih dan kemas. Taman-taman mainan di Amusement Park adalah percuma dan anda dibenarkan bermain berulang kali. Begitu juga dengan perkhidmatan keretapi Adventure Express yang membawa anda melawat ke seluruh Tambun Lost World secara percuma. Menarik kan?

Oh ya.. Sebelum saya habiskan cerita percutian kami itu tadi, ingin saya nasihatkan ibu-ibu supaya menyediakan sunblock terbaik untuk anak-anak jika tidak mahu mereka terkena ‘sunburn’. Alhamdulilllah.. Saya gunakan Sunblock SPF 50+ for Kids dari Banana Boat dan Sunblock SPF 125+ untuk kedua-dua anak saya dan saya dapati kulit mereka tidak terbakar walaupun terdedah agak lama di bawah sinaran mentari.

Kepenatan selepas bermain….

Diharap entri ini membantu anda untuk merancang percutian bersama keluarga ke taman tema. Jika anda tanya saya, berapakah gred yang saya berikan kepada Tambun Lost World. Saya akan jawab A+!

Pss… Berat badan saya maintain tau walaupun makan banyak ketika bercuti tu. Gara-gara ESP la tu..

* Cabaran blogging bersama GenkiMomma, CahayaVitamin, VitaminKita dan MiracleVitaminss

MommaSihat

012-4020841

10 Response to Taman Tema Air Terbaik di Malaysia!

  1. genkimomma says:

    Setuju! Paling tak lupa masa kami naik bot (sampan?) kat tasik tue, ikan kat situ punyer lah jinak2, siap ada yg melompat masuk dalam bot kami tau… Ai pun melompat sama sebab terkejut! Ekeke… 😛
    genkimomma recently posted…Adakah Mee Kolok Sejenis Mi Segera?My Profile

  2. ojasamid says:

    dah laa teringin nak pi sini..tapi jauhhh… huhu
    ojasamid recently posted…Penyakit Progeria Buat Cucu Jauh Lebih Tua Daripada Nenek SendiriMy Profile

  3. Noorfadzilah says:

    tq for info…memang nak pegi jugak ke sana…;)
    Noorfadzilah recently posted…Anak jual coklat lolipopMy Profile

  4. Kalau nak pergi ke taman tema air yang best tapi tak perlu bersesak-sesak, Lost World Tambun adalah tempat terbaik. Lagipun, disebabkan lokasinya berhampiran Ipoh, soal makanan tidak menjadi masalah memandangkan harga makanan di Ipoh masih amat murah jika dibandingkan dengan KL.
    Sylarius Yusof recently posted…Rumah Mampu Milik itu Sekadar Mampu TengokMy Profile

  5. Hero Borneo says:

    ada peluang memang nak pergi suatu hari nanti..
    Hero Borneo recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.