Teknik Berbengkung Dengan Betul

Tahukah anda, teknik berbengkung dengan betul ini sebenarnya boleh membantu mengecilkan semula pinggul yang terbuka selepas bersalin? Dengan cara yang betul, tidak mustahil untuk anda peroleh tubuh yang ramping sebaik saja berpantang. Teknik berbengkung yang betul serta amalan pemakanan yang dijaga mampu mencantikkan anda kembali.

Teknik berbengkung dengan betul

Tips ini saya kongsikan setelah merasai pelbagai jenis bengkung ketika berpantangkan kedua-dua anak saya itu. Antara bengkung yang pernah saya amalkan ialah:

  • Bengkung tradisional lilit Jawa (10 meter panjang)
  • Bengkung moden (dari Set Tanamera)
  • Korset Premium Beautiful
teknik berbengkung dengan betul

Contoh bengkung kain yang digunakan (Gambar hiasan)

Ketika berpantangkan Rafiq, saya mengambil bengkung kain kepunyaan Mama yang panjangnya lebih kurang 10 meter. Ianya pada masa itu dianggap sangat menyukarkan kerana terpaksa melalui suatu proses yang agak panjang. Namun, setelah merasai pelbagai bengkung moden yang lain kemudiannya, saya mula kembali kepada bengkung tradisional. Sebenarnya, teknik bengkung tradisional ini lah yang paling berkesan mengecilkan pinggul saya berbanding bengkung moden.

Tips pemakaian bengkung tradisional

  • Gunakan kain cotton atau dikenali juga sebagai kain kapas kerana ianya tidak panas
  • Panjang bengkung tradisional ini seelok-eloknya 8 – 10 meter atau lebih, bergantung kepada saiz badan anda juga. Namun, lebih panjang adalah lebih bagus kerana kesemua pinggul, pinggang serta paha dapat dibengkung sepenuhnya.
  • Lebih ketat, adalah lebih bagus. Namun, jangan terlampau ketat sehingga menyukarkan anda untuk bergerak. Ikat ketat tetapi pastikan anda selesa untuk bergerak.
  • Ikatan bengkung seharusnya kejap dan tidak terungkai atau terlondeh kerana ianya membantu tulang pinggul untuk dikejapkan secara perhan-lahan setiap hari

Cara berbengkung dengan betul

Ikuti tips di bawah untuk mendapatkan hasil yang optimum:

  1. Pastikan bayi anda menyusu dengan kenyang terlebih dahulu kerana proses melilitnya agak lama
  2. Pastikan juga anda ke tandas terlebih dahulu dan selesaikan semuanya sebelum memulakan proses ini
  3. Ambil 1 sudu besar kapur makan dan dicampurkan dengan perahan limau purut di dalam bekas
  4. Sapukan campuran kapur dan perahan limau itu tadi di bahagian perut bagi tujuan memanaskan dan menghilangkan stretchmark dengan berkesan
  5. Anda boleh juga sapukan Herbal Cream terlebih dahulu sebelum itu bagi penyerapan yang optimum. Sapukan campuran kapur ini setelah krim tersebut terserap sepenuhnya.
  6. Pakai barut terlebih dahulu. (Bagi orang dulu-dulu, bengkung moden yang diamalkan sekarang sebenarnya dipakai sebagai barut suatu ketika dulu)
  7. Ambil sebahagian penjuru bengkung kain tersebut, dan ikatkan penjuru tersebut kepada tiang besi tangga atau pintu bagi mengukuhkannya ketika sessi mengejapkan ikatan berlaku.
  8. Ambil sebahagian penjuru yang satu lagi dan lebihkan dalam setengah meter. Mulakan dengan balutan di punggung. Jika anda mahu mulakan lilitan dengan langkah kanan, sila lilitkan 1 kali lilitan ke arah kanan, tarik kejang-kejang dan ikat.
  9. Kemudian, buat lilitan kerah kiri, tarik kejang-kejang dan ikat.
  10. Ulang sehingga semuanya terbalut dengan bengkung kain dan sebaiknya kejapkan ikatan.

Bentuk ikatan sepatutnya seperti di dalam gambar di bawah:

Video cara berbengkung menggunakan bengkung lilit cara Jawa ini turut dikongsikan oleh ramai pengguna di You Tube termasuklah pengguna ‘mat saleh’. Cumanya, cara mereka berbengkung tidak sekejap cara yang Mama saya kongsikan ini kerana mereka tidak meletakkan penjuru kain bengkung ke sesuatu yang teguh seperti tiang besi tangga yang diajar oleh Mama saya. Ikatannya akan jadi lebih kejap dan memang membantu pinggul kecil dengan lebih cepat.

Mungkin saya patut keluarkan sebuah video mengenai teknik berbengkung dengan betul ini sebagai panduan umum. Hmm.. Akan saya usahakan suatu hari nanti. Semoga tips ini membantu ibu-ibu mendapatkan tubuh ramping dengan pinggul lebih kecil, mantap dan menarik.

 

MommaSihat

012-4020841

 

 

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.