Teknik Bertungku Dengan Betul

Teknik Bertungku Dengan Betul

Ramai yang memandang enteng akan amalan bertungku ini termasuklah saya. Pada sangkaan saya, bertungku ni hanya lah memanaskan bantal tungku yang dibeli tu dan ditekan-tekan di perut. Rupa-rupanya ianya lebih dari itu. Masih segar di ingatan saya bila Mama tegur cara saya bertungku. Mama ajar saya meletakkan bantal tungku tu dengan betul di bawah ari-ari dan menolaknya ke atas.

” Bertungku ni amalan orang tua dulu-dulu untuk kecutkan dan naikkan rahim..” kata Mama sambil mengajar cara yang betul.

bertungku

Pesan Mama, alat paling elok dijadikan tungku ialah batu sungai yang lonjong atau leper dan tidak tajam. Batu sungai tidak terlalu berat dan mempunyai bentuk yang lebih sesuai berbanding batu biasa. Entri kali ini saya nak kongsikan sedikit mengenai teknik bertungku dengan betul bagi membantu kawan-kawan yang baru bersalin di luar sana untuk mengecutkan rahim dengan lebih cepat.

Ketika berpantangkan Iqbal, saya mengamalkan tips-tips di bawah bagi membantu tubuh kembali langsing

  • Set Tanamera: sebagai rawatan luaran
  • Set Berpantang Shaklee: sebagai rawatan dalaman
  • Set Menyusu Optimum: sebagai bantuan memberikan susu badan berkualiti tinggi kepada Iqbal (Set Menyusu Optimum juga ialah Set Berpantang Shaklee yang ditambahkan dengan ESP, Alfalfa dan Ostematrix)
  • Bertungku: sebagai bantuan mengecutkan dan menaikkan rahim
  • Berbengkung: sebagai bantuan mempercepatkan proses pelangsingan badan

Alhamdulillah.. Kesemua di atas sangat-sangat membantu saya menjalani proses berpantang dengan lancar walaupun ada sedikit cerita tragis di awal berpantang kerana terlalu ghairah dengan prestasi kesihatan yang baik waktu itu. Ok. Mari kita belajar teknik bertungku dengan betul yang mungkin ramai yang tidak tahu. Teknik ini adalah bersesuaian dengan cara yang Mama saya ajar tu dan diharap dapat membantu kawan-kawan yang lain juga.

Teknik Bertungku Dengan Betul

Gambar di ambil dari Mr Google

Gambar di ambil dari Mr Google

  1. Panaskan batu tungku atas api yang sederhana.
  2. Letakkan batu tersebut di atas kain batik lama yang telah dialaskan dengan daun mengkudu dan balutkan. (Daun mengkudu boleh digantikan dengan daun sirih atau daun lengkuas)
  3. Pilih bahagian bucu batu sungai tersebut sama ada No 1 atau No 2. No 1 sepatutnya bahagian bucu yang lebih lebar manakala No 2 ialah bahagian yang lebih kecil
  4. Bahagian bucu batu No 1 diletakkan di atas ari ari kemudian tolak bucu No 2 ke atas. Langkah ini diulang beberapa kali dan sekerap mana yang anda mahukan. Tolak setiap sudut bahagian ari-ari bagi memastikan semua dinaikkan ke atas.
  5. Bucu No 1 bertindak sebagai langkah memanaskan rahim dan mengecutkannya manakala bucu No 2 pula untuk membantu kita menolak rahim.

 

Bantal tungku yang boleh dipanaskan bila-bila masa

Bantal tungku yang boleh dipanaskan bila-bila masa

Jika anda menggunakan bantal seperti saya, caranya ialah:

  1. Panaskan dahulu bantal tungku tersebut seperti gambar yang tertera
  2. Rasa atau cari dulu di mana kah letaknya ari-ari sebelum menolaknya ke atas
  3. Kita akan terasa bahagian ari-ari seakan-akan ditolak ke atas dan kadang kala terasa sedikit senak
  4. Lakukan berulang kali sebelum pindahkan bantal ke bahagian rahim pula
  5. Panaskan dan tekan rahim perlahan-lahan sehingga kita terasa panas
  6. Ulang kembali ke langkah 1-4 ini selama mana yang anda mahukan.
  7. Lemak-lemak di bahagian perut juga dapat dipecahkan dengan cara ini

Entri kali ini diharap dapat membantu kawan-kawan mengamalkan cara bertungku dengan betul supaya kesihatan dalaman untuk jangkamasa panjang terjamin.

 

MommaSihat.Net

012-4020841

Komen to Teknik Bertungku Dengan Betul

  1. […] Kerapkan bertungku dan JANGAN bertungku secara semberono. Lakukan teknik bertungku dengan betul dan berkesan bagi menaikkan kembali rahim dan mempercepatkan pemulihan rahim. (baca di sini untuk mengetahui teknik bertungku dengan betul) […]

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.