Teknik Urutan Bantu Wanita untuk Hamil

Percaya atau tidak, kebolehan teknik urutan bantu wanita untuk hamil jika wanita tersebut mengalami masalah dalaman yang tidak diketahui. Apakah masalah dalaman yang dimaksudkan? Tertarik dengan hasil perkongsian seorang kakak yang sangat berpengalaman dalam mengurut wanita, beliau berpendapat wanita kini tidak pandai menjaga ‘hak dalaman’ mereka.

massage4

Teknik urutan bantu wanita untuk hamil

Entri kali ini bukanlah untuk mengajar cara-cara dan teknik-teknik urutan yang boleh membantu wanita untuk hamil tetapi lebih kepada perkongsian untuk menjaga rahim, urat-urat serta tips bagaimana meningkatkan peratus kehamilan. Untuk pengetahuan kawan-kawan, selain daripada berusaha dari segi suplemen dan cara bersetubuh yang terbaik untuk hamil, teknik mengurut juga mampu meningkatkan kebarangkalian persenyawaan sperma dan ovum.

 

Menurut Kak Ija, wanita sekarang sibuk berkerja dan mampu menyamai peranan lelaki yang berkerjaya sehingga tidak menjaga pemakanan serta penjagaan dalaman. Beliau dapati, ramai wanita yang sebenarnya subur dan boleh hamil tetapi tidak mengetahui bahawa kedudukan rahim mereka tidak terletak di tempat yang sepatutnya. Ada yang berada terlampau ke bawah dan tidak sedikit yang mengalami masalah rahim bergerak ke atas. Bagaimana ini boleh berlaku?

  • Cara jalan yang terlalu cepat
  • Pergerakan yang terlalu lasak
  • Pernah terlibat dalam kemalangan
  • Pernah terjatuh dari tempat tinggi di mana punggung terhentak kuat ke permukaan yang keras
  • Berlaku penyimpulan urat yang berhubung dengan rahim dan sistem peranakan

massage

Siapa yang sesuai untuk menjalani teknik urutan ini?

  • wanita yang tidak mengalami masalah hormon
  • wanita yang tidak mengalami masalah kesihatan seperti fibroid, cyst dan ketumbuhan di dalam rahim
  • wanita yang lasak dan pernah mengalami masalah seperti terjatuh dan kemalangan
  • wanita yang secara genetiknya tidak mengalami masalah kesuburan dan sukar hamil

Sebenarnya, jika anda bukanlah termasuk dalam kategori di atas dan mahu mencuba untuk mendapatkan khidmat urutan sebagai bantuan tingkatkan peratus kehamilan, ianya sangat dialu-alukan. Bukan saja baik untuk memperbaiki sistem pengedaran darah, malahan dapat membetulkan kedudukan rahim ke tempat yang sepatutnya.

Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan teknik urutan daripada mereka yang pakar dan berpengalaman dalam mengurut supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Bagi mereka yang mahu tingkatkan lagi kesuburan, selain daripada teknik urutan bantu wanita untuk hamil ini, anda juga boleh mengamalkan Set Kesuburan bagi meningkatkan peratus persenyawaan sperma dan ovum.

Perlu ingat, usaha tangga kejayaan. Jangan sesekali putus asa dan berhenti berharap walaupun Allah SWT tentukan rezeki dan ajal kita. Saya doakan impian anda terlaksana secepat mungkin. In shaa Allah.. Segala-galanya dengan izin-Nya jua.

 

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.