Tips Berpantang

Salam ceria semua! Seronok saya dengar kawan-kawan yang dah selamat bersalin. Tahniah saya ucapkan. Ramai ibu yang gusar dengan bentuk badan serta berat badan selepas bersalin. Jangan bimbang. Kalau kita mengambil masa 9 bulan untuk perut kita itu mengembang, takkan lah nak kempis pun harus cepat sehari-dua. Apa yang penting ialah usaha, sabar dan istiqamah.

Set Berpantang

Entri kali ini ialah mengenai cara saya turunkan berat badan yang gemuk tu selepas bersalin. Secara jujurnya, saya sangat kuat makan dan memang tak menjaga kenaikan berat badan saya sewaktu mengandungkan Iqbal hingga ditegur doktor di KKIA kerana kenaikan mendadak selepas kandungan saya berusia 4 bulan. Saya tak peduli pun waktu itu kerana bagi saya, hanya waktu mengandung saja saya dapat makan sebegitu banyak.

“ Lepas bersalin nanti, aku slim lah..”

Berat badan saya memang turun banyak ketika berpantang. Walaupun selesai berpantang itu susuk tubuh saya masih belum saya dapatkan ke bentuk yang saya impikan, tetapi saya telah dapatkan berat badan sebelum saya mengandung! Alhamdulillah.. Nak tahu cara saya?

1)      Jaga pantang. Jangan culas. Ikut segala pantang dengan penuh sabar. Hanya 44 hari saja kita berpantang. Lepas tempoh berpantang ini, kita bebas.

2)      Bertungku. Amalan bertungku memang saya lebihkan kali ini kerana waktu Rafiq dulu, saya malas bertungku sebab tak suka berpeluh padahal berpeluh itulah yang paling bagus untuk membuang toksid dalam badan

3)      Mandi sauna. Kebetulan Mama saya mempunyai sauna sendiri. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk melakukan sauna asal ada waktu senggang. Sambil bersauna, picit-picitkan bahagian yang masih berlemak dan ada selulit. Sebelum sauna, saya pastikan saya ambil Omega Guard untuk keluarkan peluh dengan lebih banyak. Alhamdulillah.. Perubahan pada bentuk perut dan paha sangat positif!

4)      Berbengkung. Ianya sangat membantu untuk saya kempiskan perut dan dapatkan semula bentuk badan. Sekurang-kurangnya setelah berpantang, suami memang nampak kelainan itu walaupun saya masih belum berpuas hati.

5)      Amalkan suplemen bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan dalam badan. ESP contohnya membantu saya mengawal rasa lapar akibat proses penyusuan. Saya bersyukur sangat kerana produk Shaklee banyak membantu saya turunkan berat badan!

Ok. Saya rasa cukup perkongsian kali ini. Saya harap ianya berguna kepada anda. Selamat berpantang!

 

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.