Tips Cepat Membakar Lemak di Badan

Lemak yang berlebihan di badan bukan saja boleh mencipta kekurangan paras fizikal malah cenderung menyebabkan penyakit jika tidak dikawal. Masa yang diperlukan untuk membakar lemak adalah berbeza mengikut individu. Semakin tebal lemak di badan, semakin lama masa yang perlu anda ambil untuk menyingkirkannya. Jadi hari ini, entri ini akan kongsikan tips cepat membakar lemak di badan yang boleh kita amalkan seharian.

Tips cepat membakar lemak di badan

Tips cepat membakar lemak di badan

  • Amalkan minum Teh Hijau: Teh hijau diyakini membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh sekitar 4% dan membantu membakar kalori sekitar 60 kalori setiap hari, yang setara dengan 3 kg tiap tahun. (saranan MS: Cinch Energy Tea Mix)
  • Lakukan Senaman: Senaman dapat meningkatkan metabolisme tubuh kerana kalori dalam tubuh akan terbakar. Ianya akan memberi tambahan metabolisme sekitar dua jam setelah senaman. Beberapa senaman yang boleh dilakukan ialah: squat, bench step-ups, lunges, push-ups, pull-ups dan crunches.
  • Pengambilan zat besi: Jika anda tidak memiliki zat besi yang cukup dalam tubuh, maka tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup pula untuk disebar ke seluruh sel tubuh, sehingga menyebabkan metabolisme tubuh lemah. Makanan yang mengandungi zat besi seperti daging merah, ayam dan bijirin membantu anda tingkatkan metabolisme tubuh. (saranan MS: Vita-Lea)
  • Pengambilan air putih: Minum 2 gelas air dapat meningkatkan metabolisme tubuh sekitar 30%. Jadi, minum air sekitar 1.5 liter per hari akan membakar kalori dalam tubuh sekitar 17.400 kalori tiap tahunnya. Ini bermaksud, berat badan akan turun sekitar 3 kg dengan 1.5 liter air setiap hari.
  • Hindari alkohol:¬†Alkohol dapat menurunkan metabolisme tubuh kerana cairan ini mampu menekan sistem saraf. Kajian pakar menyatakan, jika minuman beralkohol ditambahkan pada makanan yang tinggi lemak dan tinggi kalori, maka lemak lambat terbakar sehingga menyebabkan bertambahnya berat badan.
  • Amalkan susu: Wanita yang mengamalkan produk berasaskan susu, seperti yogurt tanpa lemak dan keju rendah lemak dalam jumlah sedikit, sebanyak tiga atau empat kali dalam sehari, dapat menurunkan lemak tubuhnya sekitar 70% lemak. (saranan MS: pemecah lemak organik terbaik Lecithin/Omega Guard)
  • Pelbagaikan senaman: Jika ingin meningkatkan metabolisme tubuh, maka lakukan jenis senaman yang berbeza. Misalnya, jika anda terbiasa jogging, gantikanlah dengan berbasikal, berenang dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan senaman, anda akan membakar kalori lebih banyak.
  • Amalkan kekacang:¬†Kekacang kebanyakannya kaya dengan magnesium, mineral yang mengawal metabolisme tubuh dengan cara menyebarkan tenaga kepada sel-sel tubuh. Memenuhi keperluan 320 mg magnesium setiap harinya dapat dilakukan dengan cara mengamalkan kekacang.
  • Sarapan sihat: Kajian menyatakan bahawa makan pagi memiliki peranan penting dalam menurunkan berat badan. Contoh menu sarapan yang sihat adalah bijirin kaya serat dengan susu rendah lemak dan buah-buahan. (saranan MS: ESP atau Cinch Shake Mix)
  • Tidur cukup: Tidak cukup tidur juga antara faktor yang melambatkan metabolism. Tidur yang cukup membantu metabolisme tubuh berjalan dengan baik. Selain itu, tidur cukup diperlukan untuk fasa pemulihan dan pembentukan otot setelah anda berlatih. Waktu tidur yang baik adalah 7-8 jam/ hari.

*Petikan dari Sumber

MommaSihat

012-4020841

Pengedar Shaklee (Jawi, Juru, Sungai Bakap dan Nibong Tebal)

2 Response to Tips Cepat Membakar Lemak di Badan

  1. Macam MB memang amalkan minum air putih… Setiap hari mesti 7-8 gelas … Sebab tu maintain hensem….
    Melastik Bintang recently posted…Bagitau Babah Kalau Nak Kencing!My Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.