Tips Kurus dengan Set Berpantang

Ramai yang mahukan set berpantang yang bukan sahaja membantu mereka pulih dari sakit berpantang, malah membantu mereka untuk kurus dengan lebih cepat. Nak tahu bagaimana saya kurus dengan Set Berpantang Shaklee? Hari ini saya akan kongsikan tips kurus dengan set berpantang ini yang tak ramai yang tahu.

tips kurus dengan set berpantang

Tips kurus dengan set berpantang (Gambar Hiasan)

Tips kurus dengan set berpantang

Selain daripada mengamalkan suplemen dalam Set Berpantang yang membantu ibu-ibu berpantang untuk turunkan berat badan dengan lebih baik, anda juga harus tahu beberapa tips yang sering dipandang enteng oleh ibu-ibu berpantang ini.

  • Kerapkan pengambilan air putih khususnya air suam bagi membantu tubuh lebih selesa di samping memudahkan penyerapan suplemen. Air suam juga bantu mempercepatkan pembakaran lemak
  • JANGAN minum dalam kuantiti yang banyak sekaligus! Ianya akan membuatkan perut lebih mudah buncit (disebabkan itu, orang dulu-dulu tidak menggalakkan ibu berpantang minum air. Namun, kekurangan air dalam badan tidak bagus untuk penghadaman)
  • Kerapkan bertungku dan JANGAN bertungku secara semberono. Lakukan teknik bertungku dengan betul dan berkesan bagi menaikkan kembali rahim dan mempercepatkan pemulihan rahim. (baca di sini untuk mengetahui teknik bertungku dengan betul)
  • Kerapkan penyapuan campuran kapur dan perahan limau purut di bahagian perut bagi membantu mengecutkan dan mengurangkan kesan stretchmark dengan cepat. Anda juga boleh amalkan Herbal Blend selepas mandi dan biarkan ianya menyerap sepenuhnya sebelum disapukan campuran kapur dan perahan limau itu tadi. In shaa Allah.. Tips ini membantu mempercepatkan pemulihan dan pengecutan perut supaya kembali cantik seperti sediakala.
  • JANGAN biarkan badan berangin atau terdedah dengan angin kerana ianya berupaya melambatkan pemulihan kesihatan buat ibu-ibu berpantang. Banyakkan memakai minyak panas pada badan atau hanya sapukan Herbal Blend di keseluruhan tubuh untuk lebih selesa
tips kurus dengan set berpantang2

Orang lain boleh, tentu kita pun BOLEH! (Gambar Hiasan)

Suplemen asas untuk Set Berpantang Shaklee

  • Vita-Lea¬†
  • B-Complex
  • Vita C 500mg
  • Zinc Complex

Pilihan untuk membantu anda menyusukan bayi anda ketika berpantang ialah:

  • ESP (membantu penyusuan dengan lebih lancar, pekatkan susu dan bantu ibu serta bayi kenyang)
  • Lecithin (bantu pembakaran lemak, elakkan bengkak susu di samping berikan khasiat kolina kepada minda bayi)
  • Ostematrix (bantu kehilangan kalsium yang banyak akibat kehilangan darah ketika bersalin)
  • Omega Guard (bantu pembakaran lemak di samping memberikan khasiat Omega 3 kepada ibu dan bayi)

Bagaimana cara pemakanan yang betul?

Sebenarnya, anda hanya perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk tubuh anda memberikan tindak balas maksimum terhadap suplemen yang diambil. Di bawah adalah antara cadangan pemakanan bagi ibu-ibu berpantang mengamalkan Set Berpantang Shaklee.

  • Waktu pagi: Zinc Complex
  • Selepas sarapan: B-Complex
  • Sebelum makan tengahari: Lecithin atau Omega Guard
  • Selepas makan tengahari: Vita-Lea, Vita C
  • Petang atau selepas menyusukan anak: ESP (disarankan 3 kali sehari untuk cepat kurus)
  • Sebelum makan malam: Lecithin atau Omega Guard (untuk pastikan penyingkiran selulit dan pembakaran lemak degil lebih cepat berlaku)
  • Sebelum tidur: Ostematrix (mendapatkan tidur yang lebih lena walaupun terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi)

Di harap tips kurus dengan set berpantang ini membantu ibu-ibu baru di luar sana untuk turunkan berat badan dengan cepat dan berkesan.

Momma Sihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.