Tips Mudah Bersalin | Tenaga untuk ‘Push’!

Saya lalui trauma yang agak teruk ketika bersalin anak yang pertama, Muhammad Rafiqul Islam Bin Amdan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu kesukaran yang saya lalui waktu itu. Jadi, saya kongsikan tips mudah bersalin ini untuk membantu bakal-bakal ibu yang baru pertama kali akan melahirkan anak tidak lama lagi.

Tips Mudah Bersalin

Walaupun tarikh jangkaan bersalin telah diberitahu oleh pakar perubatan, tetapi kita perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika bersalin lebih awal dari jangkaan tersebut. Pengalaman saya untuk kedua-dua putera saya ialah bersalin dua hingga tiga minggu lebih awal dari yang sepatutnya. Kali pertama, saya tidak langsung bersedia dari segi fizikal.

Hari sebelum saya terasa contraction itu, saya mengalami false alarm beberapa kali. Selera makan saya mulai berkurangan. Saya tidak lalu makan dan tidak cukup tidur akibat sakit pinggang yang dialami. Masih segar di ingatan, saya hanya makan seketul ayam goreng KFC sahaja sepanjang hari itu sebaik saja saya dan Mama mengambil tilam kekabu bayi yang ditempah khas untuk anak yang bakal dilahirkan itu. Tak sangka, itulah hari terakhir untuk saya simpan kandungan yang sepatutnya dilahirkan 3 minggu lagi.

Pada malamnya, contraction yang saya sangkakan false alarm itu berulang setiap sejam bermula dari pukul 11 malam. Tapi, saya masih tidak memberitahu suami sehinggalah sakit itu berulang dengan lebih kerap. Tepat pukul 2 pagi, saya kejutkan suami bangun dari tidurnya.

Suami terlompat bangun dan terus menyarungkan bajunya. Saya pula sempat google di internet untuk pastikan contraction yang saya alami itu bukanlah false alarm.

“ Ok.. Sekarang sakit setengah jam sekali kan? Dia kata kat sini, sakit akan jadi lebih kerap dan lebih cepat. Kita tengok dulu.. Kalau lepas ni sakit 20 minit sekali, kita terus pergi.” cadang suami

Saya mengangguk setuju. Betul tekaannya. Saya mulai sakit setiap 20 minit. Suami terus menghubungi ibu bapa saya dan kami kemudiannya ke Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh. Perasan tak yang saya tidak membuat sebarang persediaan langsung untuk tingkatkan tenaga saya? Hanya seketul ayam goreng KFC sahaja yang ada dalam badan saya waktu itu, agak-agak kuat tak saya meneran hari itu?

Tips tingkatkan tenaga dan memudahkan proses bersalin

  • Pastikan anda dapatkan rehat atau tidur yang agak mencukupi di hari-hari terakhir mengandung
  • Pastikan anda minum air putih yang mencukupi bagi mengelakkan hidrasi
  • Banyakkan pengambilan VCO (Virgin Coconut Oil). Minum 1 sudu besar VCO setiap hari. Makin hampir ke hari bersalin, boleh tingkatkan pengambilan untuk memudahkan ibu bersalin kerana bayi yang keluar dikatakan lebih licin dan mudah keluar dari pintu rahim bila kita meneran
  • Bagi wanita Islam, pastikan zikir dan ayat-ayat yang dihafal sepanjang mengandung tidak lepas dari bibir. Istighfar berkali-kali walau berbuih mulut sekalipun.
  • Solat hajat dan taubat untuk memohon keampunan dari Allah SWT minta dipermudahkan proses bersalin
  • Minta ampun kepada suami dan kedua orang tua kita. Keampunan dari mereka sangat penting
  • Sebelum masuk ke labor room, pastikan anda minum segelas Milo suam untuk berikan tenaga. Atau jika anda pengamal ESP, minum segelas ESP suam terlebih dahulu ketika awal contraction sebagai persediaan tenaga ketika bersalin.
  • Boleh juga minum sedikit glukos atau Performance Drink sebagai menambahkan tenaga untuk anda push.

Antara tips lain untuk membantu kurangkan sakit ketika dalam proses bersalin ialah

  • Jangan kemut ketika jururawat atau doktor gynae menyeluk dan menyukat bukaan kita
  • Minta tolong suami atau jururawat ataupun gynae untuk sapukan VCO di sekeliling perineum bagi memudahkan proses bersalin (ini antara tips mudah bersalin yang saya kongsikan dulu)
  • Tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum push supaya tidak putus nafas ketika bersalin. Lebih cepat anda keluarkan bayi, lebih cepat kesakitan itu hilang.

Ini adalah antara tips yang saya amalkan sendiri dan diharap membantu ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Jangan tertekan dengan cerita-cerita atau pengalaman ibu-ibu yang lain (termasuk saya sendiri) kerana setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri.

Apa pun, pengalaman melahirkan Rafiq sangat membahagiakan walaupun memberikan trauma kepada saya. Kelahiran putera kedua saya pula dapat saya hadapi dengan jayanya. Rasa macam Superhero bila saya berjaya lahirkan Muhammad Akhtar Iqbal Bin Amdan dengan sangat mudah. Alhamdulillah..

*Cabaran Blogging bersama Blog SihatCantikMulus, MyInfoVitamin, CahayaVitamin, VitaminKita, MommaSihat

MommaSihat

012-4020841

10 Response to Tips Mudah Bersalin | Tenaga untuk ‘Push’!

  1. genkimomma says:

    Mama Reen memang Superhero pun!!! 😉
    genkimomma recently posted…9 Kelebihan Makan CoklatMy Profile

  2. Noorfadzilah says:

    Untuk dapatkan tenaga masa bersalin memang kena makan banyak.Sebab bila dah masuk bilik bersalin, minum air pun tak boleh…..bestkan bersalin?
    Noorfadzilah recently posted…Cinch Tea Mix untuk Lebih BertenagaMy Profile

  3. nur razali says:

    umi nur pun pesan yg sama makan dlu sblum masuk bilik bersalin..utk tenaga masa nak push nanti 🙂 good tip kak reen ^_^ boleh diaplikasikan utk kehamilan akn datang..
    nur razali recently posted…Kekal Bertenaga Selepas BersalinMy Profile

    • mommasihat says:

      Huhu.. Pengalaman mendewasakan.. Masa lahirkan Rafiq tu teruk sangat. Tak sanggup nak cerita pun sebab takut bakal-bakal ibu jadi takut pula nak bersalin padahal setiap pengalaman bersalin memang berbeza. Apa pun, bersyukur sebab berjaya bersalin normal untuk kedua-dua putera daku itu. 🙂

  4. Maizura says:

    Syabbas, bete! haha.

    Saya belum update lagi pengalaman bersalin dua-dua anak..sabo je la.
    Maizura recently posted…Oh Laksa! Mengapa Engkau Sedap Sangat?My Profile

  5. husmad says:

    Maaf nak tanya,
    berapa kos bersalin normal and caesar kat dewan bersalin muslimah tu ye? so far ok ke kalau nak bersalin anak pertama kat sana?
    Tq

    • mommasihat says:

      Dewan Bersalin Muslimah ni waktu saya bersalin dulu adalah antara yang termurah. Ni antara yang saya ingat:
      Pakej Normal : RM1200 – RM2000
      Pakej Czer : RM2000 – RM3000
      Tapi bil saya sendiri waktu itu tak lebih dari RM1500. Alhamdulillah.. Memang sangat selesa. Aurat si ibu memang terjaga dari mula jejak kaki ke dalam wad sehingga lah keluar dari situ. Doktor yang menyambut ialah wanita Muslim.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.