Tips Pekatkan Susu Badan

Tips Pekatkan Susu Badan

Saya rasa ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah susu terlampau cair kan? Saya mengalami masalah yang sama ketika menyusukan anak sulung saya, Rafiq. Ini cerita saya:

Masih segar di ingatan saya, pada hari pertama saya kembali berkerja selepas cuti berpantang, hati rasa gembira sekali dengan ‘hasil perahan’ waktu itu. Dengan hanya menggunakan pam Avent manual itu, saya mampu mendapatkan stok susu yang agak meriah bagi saya. Memang kagum sangat dengan keupayaan diri sendiri kerana hasilnya memang berlainan berbanding di rumah. Mungkin rasa rindukan anak itu membuatkan susu terhasil luar biasa? Wallahualam.. Sambil tersenyum riang, saya buka peti ais yang disediakan di bilik susuan kami. Mata terus terpaku pada 5 botol saiz 4oz penuh dengan satu nama telah tersedia di situ. Saya lihat jam, baru menunjukkan pukul 9.30 pagi. Bermakna ada ibu lain yang sampai terlebih dahulu tapi susunya, Masya Allah.. Banyaknya! Kemudian, saya tengok stok susu untuk Rafiq. Hati berasa sedikit kehairanan.
” Kenapa susu dia ni pekat kuning-kuning? Banyak pulak tu.. Ada tambah pape ke? ” bisik hati kecil saya.

Tips Pekatkan Susu Ibu
Saya tarik nafas dan kemudiannya berfikir kembali secara logik. Ini memang susu ibu tulin lah. Takkan nak dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Hati yang riang tadi menjadi sedikit tak keruan. Rasa menyesal pula buka peti ais tu. Kalau saya tak tengok, pasti saya tak rasa ‘down’. Hehe… (dilema ibu baru)

Jadi, begitulah saya biarkan hari berlalu. Saya biarkan soalan itu bermain di minda. Mungkin kerana pam manual saya tidak cukup bagus, fikir saya. Hati semakin meruntun nakkan susu lebih banyak dan pekat. Saya minum air lebih banyak dan beli macam-macam produk untuk pekatkan susu. Malangnya, semua usaha itu tidak membantu mecapai ‘piawaian’ saya. Kenapa saya mahukan stok susu yang lebih pekat? Susu yang lebih pekat sebenarnya mengandungi lebih lemak dan membantu bayi rasa lebih kenyang. Susu yang lebih cair sebenarnya ibarat seorang dewasa yang minum air untuk melepaskan dahaganya.

Tips Pekatkan Susu Badan

Tips Banyakkan Susu Ibu:

Ini antara tips yang saya yakin dapat membantu ramai ibu di luar sana:

  1. Amalkan surah Al-Hujurat sepanjang tempoh mengandung dan jika boleh amalkan sepanjang penyusuan berlangsung. Bukan saja pahala diperoleh, malah susu juga bertambah
  2. Amalkan makan buah kurma sepanjang mengandung dan sepanjang penyusuan kerana sebiji kurma mengandungi pelbagai khasiat yang tinggi
  3. Kerapkan mengosongkan payudara anda dengan mengepam susu ataupun menyusukan bayi. Lebih kerap anda kosongkan payudara anda, lebih banyak susu akan terhasil kerana ianya mengguakan konsep ‘Demand vs Supply’.
  4. Minum air putih yang mencukupi. Suplemen sahaja tidak membantu kerana suplemen hanya meningkatkan kesihatan ibu yang menyusu. Bila kesihatan bertambah baik, susu juga akan terhasil lebih lancar.

Tips Pekatkan Susu Badan

Ini antara cara yang saya amalkan ketika menyusukan Iqbal dan in shaa Allah membantu anda juga.

  • Amalkan buah kurma sepanjang penyusuan
  • Banyakan minum susu (bagi mereka yang gemarkan susu). Bagi mereka yang tidak gemarkan susu, anda boleh cuba Ostematrix seperti saya.
  • Amalkan suplemen Set Menyusu Basic yang ditambahkan dengan ESP dan Alfalfa bagi mendapatkan susu yang lebih lemak dan pekat.

Apa yang saya perhatikan, Set Menyusu Optimum yang saya amalkan ini membantu Iqbal cepat kenyang dan senang tidur di waktu malam. Saya haya perlu mengepam atau menggeraknya bangun untuk menyusu kerana risau terjadi bengkak susu yang tidak pernah saya alami dulu. Alhamdulillah.. Saya memang berpuas hati hati dengan Set Menyusu Optimum dan sangat menggalakkan ibu-ibu baru di luar sana untuk mencubanya.

Set Menyusu Optimum ini mengandungi:

  • Vita-Lea : multivitamin yang membantu memberikan khasiat penuh susu ibu
  • Vita C 500mg : menyalurkan sistem ketahanan badan yang lebih baik melalui susu ibu
  • B-Complex : menyalurkan asid folik melalui susu ibu
  • Alfalfa : memperbaiki hubungan suami isteri serta dipercayai memperbayakkan susu ibu
  • ESP : memekatkan serta memberikan khasiat protein kacang soya kepada ibu dan bayi
  • Ostematrix : menyalurkan khasiat kalsium yang terbaik dengan magnesium dan mineral lain yang membantu penghadaman

Dapatkan cara pemakanan yang betul bagi memudahkan anda memperoleh hasil yang optimum. Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai tips pekatkan susu badan di sini.

 

MommaSihat.Net
012-4020841

3 Response to Tips Pekatkan Susu Badan

  1. Nurul Fazreen Othman says:

    suke sgt dengan set menyusu 3M ni. sgt berpuas hati

  2. […] ** Info lain yang boleh membantu: Tips pekatkan susu badan […]

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.