Tips Penyimpanan Susu Badan

Tips penyimpanan susu badan ini boleh diamalkan oleh ibu-ibu baru yang memerlukan info lebih terperinci mengenai cara menyimpan stok susu perahan.

Tips penyimpanan susu badan

Sebelum itu, anda harus tahu perkakasan yang perlu ada untuk menyimpan susu badan. Tahukah anda, untuk menyimpan susu badan anda harus pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat?

  • Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
  • Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.
tips penyimpanan susu badan

Antara yang popular digunakan

Anda boleh menyimpan susu badan:

  • Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
  • Susu yang baru dipam dan disimpan dalam peti sejuk (0-4 darjah C) boleh disimpan selama 3-8 hari (paling ideal ialah 3 hari).
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.

Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu kerana item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:

  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
  • Jika anda mahu membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
tips penyimpanan susu badan4

(Klik pada gambar untuk besarkannya)

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam tersebut dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. Jangkitan kuman ketika mengepam susu boleh terjadi dan keberangkalian anda untuk dijangkiti masititis.

 

** Info lain yang boleh membantu: Tips pekatkan susu badan

** Anda boleh rujuk blog terbaik mengenai breastfeeding journey ini di sini –> Kellymom

 

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Tips Penyimpanan Susu Badan

  1. Maizura says:

    Kak Reen, susu segar yang disimpan dalam petiais bukan sejuk beku tahan 24 jam saja ke. Bukan 3 hari ke..lama dah tak buat revision bab EBM ni. Main ingat masa Sofiy dulu je.

    • mommasihat says:

      Mai, terima kasih atas komen yang membina ni. Kak Reen rasa berlaku sedikit kesalahan dalam rujukan Kak Reen. 24 jam hanya merujuk kepada susu yang telah dicairkan dari peti sejuk beku. Kak Reen dah edit post di atas dengan info yang lebih tepat dari blog Kellymom.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.