Usia Terbaik Ambil Minyak Ikan

Rata-rata pelanggan saya akan bertanya kepada saya, berapakah usia terbaik ambil minyak ikan bagi kanak-kanak? 1 tahun? 2 tahun? Entri kali ini saya kongsikan info soal jawab bersama Siti Hajar Mustaffa (Dietition), Hospital Islam Azzahra yang diperolehi dari majalah iSihat (Oktober 2014).

Soalan: Assalamualaikum doktor. Anak saya sering mengalami masalah keletihan setiap kali pulang dari sekolah. Ada yang berpendapat anak saya kekurangan vitamin dalam badan seperti minyak ikan. Adakah kanak-kanak memerlukan minyak ikan untuk memberi mereka tenaga? Bagaimana pula dengan kuantiti yang perlu saya berikan? Nadia, Kuala Kangsar

Minyak Ikan Terbaik

Minyak Ikan Terbaik

Jawapan: Minyak ikan kaya dengan sumber asid lemak omega 3, asid alfa linolenik. Terdapat beberapa jenis asid lemak perlu iaitu asid lemak omega 3, asid alfa linolenik dan asid lemak omega 6, asid linolek. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil daripada makanan. Badan manusia tidak akan mampu untuk menghasilkannya sendiri. Asid lemak perlu akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicasanoids adalah prostaglandin.

Manakala prostaglandin merupakan bahan yang amat penting dalam sistem biologi manusia termasuklah dalam sistem imuniti, sistem pencernaan, proses ekspresi gen, proses baik pulih sel, proses tekanan bendalir dan pengawalan aturan suhu badan.

Asid lemak omega 3 mempunyai kesan biologi untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser, penyakit Alzheimer, sakit buah pinggang, sakit jantung dan lain-lain. Konklusinya setiap individu memerlukan asid lemak perlu untuk membolehkan setiap sel di badan berfungsi secara normal.

Selain itu, tiada usia khusus yang menetapkan pengambilan minyak ikan. Bayi seawal usia dalam kandungan juga boleh mendapatkan asid lemak omega-3 melalui pemakanan si ibu. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan positif pengambilan omega 3 semasa mengandung kepada bayi.

Set Smart Brain

Kajian oleh Helland el. al (2008) membandingkan wanita mengandung A yang mengambil 1183mg DHA (serta 803mg EPA) setiap hari (bermula pada minggu ke 17 sehingga 19 usia kandungan) dengan wanita mengandung B yang cuma mengambil 10ml minyak jagung menunjukkan wanita A melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak-kanak itu berumur 7 tahun berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita B yang mengambil minyak jagung. Anak A juga mempunyai kualiti tidur dan imuniti lebih baik. Namun rangsangan awal kepada anak juga mempengaruhi tahap IQ si anak.

 

 

 

Usia Terbaik Ambil Minyak Ikan

Panduan kuantiti omega 3 (gram) yang diperlukan oleh kita.

Kanak-kanak (lelaki & perempuan)

  • 1-3 tahun : 0.7 g
  • 4-8 tahun : 0.9 g

Lelaki

  • 9-13 tahun : 1.2 g
  • 14-18 tahun : 1.6 g
  • 19 dan ke atas : 1.6 g

Perempuan

  • 9-13 tahun : 1.0 gram
  • 14-18 tahun : 1.1 gram
  • 19 dan ke atas : 1.1 gram
  • Ibu Mengandung¬†: 1.4 gram
  • Ibu Menyusu : 1.3 gram

Sebagai panduan lain, Omega Guard keluaran Shaklee adalah produk minyak ikan organik yang terbaik dan sesuai kepada kanak-kanak dan dewasa kerana ianya diekstrak dari ikan air laut yang sejuk di perairan negara Jepun yang juga giperoleh dari perairan air yang sangat bersih dari pencemaran laut. Setiap kapsul mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA yang secara keseluruhannya mengandungi 330mg asid lemak omega 3.

Maka, menurut panduan yang diberikan di atas,

  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun boleh mengambil 1 biji kapsul Omega Guard setiap hari.
  • Kanak-kanak berusia 4-8 tahun boleh mengambil 1 atau 2 biji kapsul Omega Guard setiap hari.

 

MommaSihat
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.