Wanita dan Masalah Keputihan

Wanita dan masalah keputihan bukan lagi suatu masalah luar biasa sekarang ini kerana terdapat pelbagai produk penjagaan wanita yang disediakan bagi membantu kita lebih selesa. Namun, selesa sahaja tidak memadai bukan? Adalah lebih baik jika masalah itu dapat dilenyapkan terus supaya tidak mengganggu perjalan hidup harian kita.

Bagaimana mengatasi masalah keputihan?

Antara cara yang saya tahu ialah dengan memastikan pakaian dalam yang dicuci itu bebas dari kesan sabun pencuci pakaian. Ini kerana, keputihan juga boleh disebabkan oleh bekas sabun yang tidak dicuci bersih dan menyebabkan bakteria mudah terkumpul di vagina. Memakai seluar dalam yang lembab juga boleh mengundang masalah ini jadi, sila pastikan ianya betul-betul kering sebelum dipakai.

Mereka yang mengalami masalah keputihan ini juga tidak digalakkan mengambil timun sebagai ulam harian kerana timun dikatakan boleh mengundang masalah keputihan menjadi lebih teruk. Saya tidak pasti adakah ianya saintifik atau sekadar mitos. Apa pun, ianya boleh diambil kira jika anda lakukan ujikaji terhadap diri sendiri. Lain orang, lain pengalamannya.

Anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis ‘panty liner’ bagi memudahkan urusan harian anda. Namun, ‘panty liner’ juga dikatakan boleh mengundang masalah ini berlarutan kerana ianya memerangkap bakteria untuk terus berada di sekitar vagina. ‘Panty liner’ juga boleh mengundang masalah lain seperti ruam akibat daripada peluh dan kelembapan yang wujud di sekitarnya.

Gunakan pembersih wanita yang kurang kandungan pH nya kerana pH yang tinggi boleh mewujudkan kekeringan di bahagian vagina pula. 6.8pH ke bawah adalah yang paling sesuai untuk wanita supaya vagina tidak terlalu lembap atau terlalu kering. Antara jenama yang popular ialah Lactacyd, Avon dan produk tempatan seperti Safi, Putri Binari, Sendayu Tinggi dan D’Herbs.

Atasi masalah keputihan dengan suplemen organik?

Ya. Jika anda mengenali produk Shaklee, pasti anda lebih mengenali Alfalfa Complex yang juga sesuai untuk wanita berpantang. Ibu-ibu menyusu khususnya sangat sukakan Alfalfa Complex kerana ianya suplemen yang memberikan si ibu lebih tenaga kerana menyusukan anak di samping menjaga bahagian keintiman secara dalaman.

Alfalfa Complex bertindak menyeimbangkan kandungan asid dalam badan serta membantu mengurangkan risiko bakteria di bahagian vagina. Mereka yang menghadapi masalah keputihan biasanya sangat berpuas hati dengan Alfalfa Complex ini kerana ianya membantu memberikan lebih keselesaan. Biasanya, pengguna Alfalfa Complex ini tidak perlu lagi memakai ‘panty liner’ kerana seluar dalam yang disarung tidak melekit kerana Alfalfa Complex mengurangkan risiko keputihan. Sebotol kecil mengandungi 330biji tablet dan bertahan berbulan-bulan lamanya. Menarik kan?

Bagi ibu-ibu yang baru selesai berpantang dan mengalami masalah kekeringan serta sakit ketika bersama suami, saya sering galakkan mereka mengambil Alfalfa Complex setiap hari bagi membantu menangani masalah ini. Ini adalah kerana Alfalfa Complex membantu menyeimbangkan kecairan di vagina. Jadi, anda akan rasa tidak terlalu kering dan tidak juga terlalu basah. Hidup jadi lebih mudah dan lebih selesa tanpa rasa was-was.

Berminat? Hubungi saya atau pengedar-pengedar berhampiran anda untuk maklumat lanjut.

*Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.